GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Saturday, April 7, 2012

Impak positif GST



Harian Metro
Apr 7, 2012, Page 065, Main Section
Oleh Hafiz Ithnin
hafizithnin@hmetro.com.my

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Hafsah Hashim berkata, pelaksanaan itu turut membantu mendidik PKS dalam pengurusan kewangan lebih berkesan kerana ketika ini kebanyakan mereka tidak mempunyai pengurusan yang baik.

Beliau berkata, pihaknya berharap dengan pengenalan GST, ia mampu menjadikan mereka lebih berdaya saing kerana pengurusan kewangan adalah sesuatu yang penting kepada pembangunan syarikat PKS.

“Pelaksanaan GST mungkin membabitkan kos tambahan, tetapi mereka perlu ingat bahawa ia satu pelaburan yang memberi kesan positif ke atas operasi perniagaan dalam jangka masa panjang.

“Tambahan pula, PKS di Malaysia memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara atau tulang belakang kepada syarikat korporat kerana 99.2 peratus syarikat di Malaysia terdiri daripada PKS,” katanya pada majlis pelancaran Enterprise 50 Award 2012 kali ke-16 di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Pengerusinya, Datuk Dr Mohamed Al Amin Abdul Majid dan Pengarah Negara Bersama Deloitte Malaysia, Tan Theng Hooi.

Enterprise 50 Award 2012 ialah anugerah yang mengiktiraf pencapaian PKS di negara ini dan Media Prima Bhd (Media Prima) adalah antara penaja anugerah berkenaan manakala ruangan ekonomi Business Times terbitan akhbar New Straits Times ialah media rasmi.

Sistem penilaian anugerah itu diubah apabila penyertaan peserta dipilih oleh pihak penganjur sendiri dan setakat ini, lebih 400 syarikat dipilih dan hanya 50 akan disenarai pendek untuk merebut anugerah syarikat terbaik pada 9 November ini.

No comments:

Post a Comment