GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Sunday, March 3, 2013

Perbelanjaan berhemah mampu naikkan penarafan Malaysia


Publication: BH
Date of publication: Mar 2, 2013
Section heading: Bisnes
Page number: 002

Standard & Poor's Ratings Services (S&P) akan menaikkan lagi penarafan Malaysia pada masa depan jika kerajaan meneruskan usahanya melaksanakan perbelanjaan secara berhemah dan mengurangkan defisit fiskalnya.

Ketika ini, firma penarafan antarabangsa itu memberikan penarafan kredit kedaulatan Malaysia pada `A-/A-2' bagi mata wang asing dan `A/A-1' bagi mata wang tempatan dengan tinjauan stabil.

Pengarah Kanan dan Pengurus Analitikal Penarafan Kedaulatan Asia Pasifik S&P, Kim Eng Tan, berkata pihaknya berpendapat rasionalisasi subsidi secara berterusan oleh kerajaan serta pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada masa depan dijangka mampu memberi kesan positif yang ketara kepada penarafan kredit negara ini.

Meningkatkan pendapatan

Beliau berkata, dua langkah itu dilihat penting kepada Malaysia bagi meningkatkan pendapatannya, sekali gus mampu mengurangkan defisit fiskalnya dengan lebih pantas.

"Buat masa ini, kami masih mengeka lkan penarafan kredit Malaysia pada paras semasa dan tidak akan melakukan sebarang perubahan dalam tempoh dua tahun ini," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan syarahan bertajuk Arah Aliran Kredit Asean di Seminar Pasaran Modal Asean yang dianjurkan S&P di Kuala Lumpur semalam.

Kim berkata sebarang perubahan terhadap tinjauan penarafan kredit Malaysia pada masa depan bergantung kepada kejayaan pelaksanaan langkah yang diambil kerajaan dalam mengurangkan defisit.

Beliau menjelaskan, perkara utama yang menjadi perhatian dalam mengubah penarafan kredit sesebuah negara adalah berdasarkan komitmen jitu kerajaannya dalam meningkatkan pendapatan, pada masa yang sama mengurangkan defisit dan paras hutang.

"Kerajaan Malaysia mempunyai fleksibiliti untuk memantapkan prestasi fiskal dengan melaksanakan dasar yang dapat membantunya mencapai bajet seimbang dan meningkatkan taraf hidup rakyat," katanya.

No comments:

Post a Comment