GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Tuesday, January 15, 2013

Pelaksanaan GST ditangguh


Publication: BH
Date of publication: Jan 14, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 016

Ipoh: Kerajaan tidak akan terburu-buru melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) walaupun menerima maklum balas positif hasil rundingan dengan pelbagai pihak.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata walaupun proses rundingan berhubung cadangan pelaksanaan GST masih dilakukan, kerajaan belum membuat keputusan sama ada ia akan dilaksanakan atau sebaliknya.

"Kita mahu perbincangan itu terus diteliti dan maklumat mengenainya disebarkan kepada rakyat supaya mereka tahu serta faham, baru kita boleh melaksanakannya," katanya selepas menghadiri Program Khidmat Bakti Masyarakat anjuran Kastam Diraja Malaysia di Dewan Komuniti 1Malaysia Chemor, dekat sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad.

Ahmad Husni berkata, GST sudah dilaksanakan di 140 negara bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan.

Tangguh pelaksanaan

"Mengambil kira prinsip 'rakyat didahulukan,' kerajaan tidak akan melaksanakan sistem itu sekarang. Sebenarnya GST tidak memudaratkan rakyat kerana menerusinya, kerajaan menyediakan beberapa bantuan kepada rakyat seperti tidak mengenakan cukai bagi beberapa barangan keperluan asas," katanya.

Beliau berkata, pelaksanaan GST dilihat dalam konteks pengurangan cukai korporat selaras pandangan beberapa perunding cukai yang menjelaskan Malaysia mampu melaksanakan sistem itu jika tiada masalah membabitkan kelembapan ekonomi.

"Rang Undang-Undang GST dibentangkan di Parlimen untuk bacaan pertama pada Disember 2009, namun bacaan kedua yang dijadualkan pada Mac 2010 ditangguhkan.

"Ia dijangka dilaksanakan pertengahan 2011 bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan, tetapi sehingga kini masih dalam peringkat rundingan," katanya.

No comments:

Post a Comment