GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Monday, January 7, 2013

Kutipan GST kurangkan defisit fiskal lebih cepat


2013/01/07 - 06:46:04 AM


Peningkatan kutipan cukai selepas pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dijangka mampu memangkin usaha kerajaan mengurangkan defisit fiskal negara dengan lebih pantas. 

Adalah dijangkakan selepas GST dilaksanakan, jumlah pembayar cukai individu akan diperluaskan daripada hanya kira-kira 1.2 juta ketika ini. 


Pengarah Urusan MNZWAJ Associates, Mohd Nasri Ismail, berkata, sebuah firma audit dan perunding percukaian, berkata walaupun selepas GST dilaksanakan, pengguna tidak akan berhadapan dengan kenaikan harga yang mendadak, kerana GST hanya menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang sudah dilaksanakan sejak 1970-an. 

Jika sistem subsidi sedia ada ini diubah, saya yakin negara kita mampu keluar daripada mencatatkan defisit bajet lebih pantas," Mohd Nasri Ismail, Pengarah Urusan MNZWAJ Associates


Penurunan harga

“Selain itu, pelaksanaan GST juga akan menyaksikan penurunan harga barangan dan perkhidmatan tertentu kerana kadar cukai yang dikenakan lebih rendah dan seragam. 

“Contohnya, ketika ini pengguna dikenakan cukai jualan sebanyak 10 peratus bagi barangan tertentu, tetapi selepas GST dilaksanakan, kadar cukai ini akan menjadi lebih rendah,” katanya kepada BH di sini, Rabu lalu. 

Dalam pembentangan Belanjawan 2013 September lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan mahu mengurangkan defisit negara kepada tiga peratus menjelang 2015, berbanding 4.4 peratus ketika ini.
 
BH sebelum ini melaporkan sebuah firma perunding percukaian, Taxand Malaysia Sdn Bhd mencadangkan kadar cukai GST untuk ditetapkan pada empat peratus dan waktu terbaik untuk melaksanakannya adalah 2014, ketika suasana ekonomi global dijangka stabil dan selepas kerajaan menerima mandat pemerintahan baru rakyat.

Pembahagian adil

Mengulas lanjut, Mohd Nasri berkata, jika GST dilaksanakan, pembahagian kekayaan di negara ini akan menjadi lebih adil kerana pembayaran cukai dikenakan berdasarkan penggunaan. 

“Golongan berpendapatan tinggi sudah tentu akan berbelanja lebih besar dan mereka perlu membayar cukai lebih banyak berbanding golongan berpendapatan rendah yang akan hanya membayar cukai yang amat rendah,” katanya yang juga ahli Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA). 

Selain itu, Mohd Nasri berkata, langkah lain yang boleh diambil kerajaan untuk mengurangkan paras defisit negara adalah dengan mengkaji semula sistem subsidi negara. 

Nasri berkata sistem subsidi yang diamalkan kini memerlukan peruntukan besar daripada bajet negara dan pelaksanaannya tidak memberi manfaat yang sepatutnya kepada golongan sasar. 

“Contohnya, golongan berpendapatan tinggi menggunakan minyak petrol lebih banyak berbanding golongan berpendapatan rendah dan mereka menerima lebih banyak manfaat subsidi daripada golongan sepatutnya.

Subsidi diberi terus

“Sebaliknya, dana subsidi sepatutnya diberikan terus kepada golongan sasar seperti golongan berpendapatan rendah, pelajar dan mereka yang memerlukannya. 
“Jika sistem subsidi sedia ada ini diubah, saya yakin negara kita mampu keluar daripada mencatatkan defisit bajet lebih pantas,” katanya.

Secara umumnya, pembayar cukai tidak mempunyai masalah untuk menunaikan tanggungjawab mereka dalam membayar cukai kerana ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab utama sebagai warganegara.

Sebaliknya, masalah ketirisan dalam perbelanjaan wang kutipan cukai yang menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pembayar cukai.
“Jika masalah ketirisan ini dapat diatasi sudah tentu pelaksanaan GST atau pun cukai lain akan diterima baik oleh rakyat negara ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment