GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Monday, December 23, 2013

Terus bela nasib penjawat awam


Publication: HM
Date of publication: Dec 20, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 058
Byline / Author: Oleh Maiamalina Mohamed Amin

Kuala Lumpur: Tempoh tiga tahun sehingga 2016 akan menjadi medan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang baru dipilih, Azih Muda meneruskan misi memperjuang nasib penjawat awam.

Mengambil alih tampuk pentadbiran daripada Datuk Omar Osman, Azih komited meneruskan legasi pimpinan itu sehingga nasib penjawat awam terbela dengan sasaran utama gaji minimum RM4,000 sebulan.

"Ini agenda utama kami, dalam tempoh tiga tahun ini kita mahu pastikan gaji bermula daripada kumpulan pelaksana paling minimum RM4,000 sebulan, barulah boleh tampung kos sara hidup sekarang.

"Ia bukan perkara yang boleh dipandang rendah, tetapi kena beri perhatian serius kerana langkah yang kerajaan ambil, melaksana cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akhirnya akan memberi impak kepada pendapatan negara.

"Hasil diperoleh akan lebih berganda berbanding cukai langsung sekarang, maka itu sebabnya juga gaji penjawat perlu dinaikkan," katanya selepas Konvensyen Tritahunan ke-26 CUEPACS di Dewan Wawasan Menara PGRM, di sini semalam.

Pada konvensyen itu turut diadakan pemilihan barisan kepemimpinan kongres berkenaan bagi sesi 2013/2016 menyaksikan Azih menang dengan undian 701 mengalahkan Ahmad Shah Mohd Zain yang memperoleh 311 undi.

Ibu pejabat mengeluarkan 1,043 kertas undi, namun 1,036 diterima kembali selepas proses pemilihan tamat kelmarin. Seramai 1,400 perwakilan hadir di konvensyen itu.

Secara keseluruhan perwakilan memilih mengekalkan penyandang terdahulu sebagai barisan pegawai tertinggi, namun berbeza jawatan.

Dua timbalan presiden dimenangi Zainal Ismail dengan 623 undi dan Mohd Shaman Jaes (377) mengalahkan tujuh lagi calon manakala jawatan setiausaha agung masih milik Lok Yim Pheng dengan 604 undi.

Lok akan dibantu tiga timbalan iaitu Adnan Mat yang mendapat 815 undi, Abdul Rahman Mohd Nordin (772) dan Mahamad Bahrum (669).

Mengulas lanjut, Azih percaya barisan kepimpinannya mampu berfungsi lebih baik bagi menyuarakan keluhan penjawat awam kepada kerajaan.

No comments:

Post a Comment