GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Monday, December 23, 2013

Kerajaan pelawa kerjasama luar dedahkan kepentingan GST


KUALA LUMPUR 22 Dis. - Kerajaan menerusi Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Jabatan Kastam), mempelawa pihak luar seperti agensi berkepentingan, badan bukan kerajaan, persatuan-persatuan dan institusi pengajian tinggi, membantu dalam memberi pendedahan kepada rakyat Malaysia mengenai cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Pengarah Bahagian Cukai Dalam Negeri, Jabatan Kastam, Subromaniam Tholasy berkata, kerjasama strategik tersebut mampu membantu kerajaan dalam menyebarkan kelebihan cukai tunggal itu dengan lebih meluas sehingga ke akar umbi dan terus menghentikan kekeliruan rakyat sebelum GST dilaksanakan.

"Keutamaan kami (kerajaan) sekarang adalah memastikan setiap golongan rakyat di bandar mahupun di luar bandar, termasuklah syarikat-syarikat agar memahami GST kerana cukai ini baik untuk negara dan juga rakyat," katanya kepada Bernama.

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment