GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Monday, December 23, 2013

Kerajaan BN tidak menepati janji menangani kos sara hidup


| December 19, 2013

Beliau tidak akan mengunakan pendekatan populis dalam mentadbir. Tetapi kemungkinan besar beliau sendiri telah lupa segala janji yang dijanjikan oleh BN di dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

SEREMBAN : Ketua Pemuda DAP, Teo Kok Seong hari ini menyatakan rasa kesal beliau terhadap tindakan kerajaan Barisan National (BN) yang mengumumkan dan membenarkan kenaikan harga barangan seperti petrol, gula, tarif elektrik, bayaran tol lebuhraya dan sebagainya sejak BN diberi peluang untuk terus berkuasa di Putrajaya.

Teo berkata walaupun BN cuma mendapat sokongan daripada 47 peratus pengundi Malaysia, mereka tetap dapat membentuk kerajaan di Malaysia disebabkan oleh kekurangan sistem pilihanraya di Malaysia.

“Bagi sebuah kerajaan yang sering melaungkan slogan “Rakyat yang Diutamakan” dan “Janji DiTepati” seharusnya melaksanakan segala dasar atau keputusan mengambilkira keadaan sebenar dan juga kepentingan rakyat.

“Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menegaskan menyatakan bahawa beliau tidak akan mengunakan pendekatan populis dalam mentadbir. Tetapi kemungkinan besar beliau sendiri telah lupa segala janji yang dijanjikan oleh BN di dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

“Manifesto BN, PRU-13 yang bertema “Menepati Janji, Membawa Harapan”, sebanyak 31 muka surat telah menawarkan pelbagai janji-janji manis yang lihat sebagai pendekatan populis yang digunakan oleh BN untuk mengaut sokongan pengundi.

“Perkara yang pertama disebut dan dijanji dalam Manifesto BN adalah “Menangani Kos Sara Hidup”. Tetapi tak sampai tujuh bulan BN memenangi kuasa Pusat; harga minyak, gula, tarif elektrik, bayaran tol lebihraya dan sebagainya telah pun dinaikkan. Yang paling teruk sekali sistem cukai GST akan dilaksanakan pada bulan April 2015.

“Sudah tentu kenaikan harga petrol, tariff elektrik dan bayaran tol akan secara terus menyebabkan kenaikan semua harga barangan. Ia akan meningkatkan beban dan juga kos sara hidup rakyat jelata,” kata Teo.

Teo yang juga merupakan Ahli Parlimen Rasah mengulas, walaupun kerajaan BN mempunyai beberapa langkah untuk membantu rakyat dari segi kewangan, tetapi bantuan tersebut tidak mampu menampung kebebanan rakyat yang semakin meningkat.

“Selain itu, manifesto BN (muka surat 13) turut menjanjikan kerajaan akan mengurangkan kadar bayaran tol di antara bandar secara berperingkat.

“Tetapi, baru-baru ini Kerajaan BN pula mengumumkan bayaran tol bagi beberapa lebuhraya akan dinaikan pada tahun hadapan. Ia memang bertentangan dengan janji-janji yang dimaktub dalam manifesto BN.

“Sebelum PRU-13, BN menggunakan pendekatan populis untuk berkempen, tetapi selepas menang PRU-13 pula, BN bertegas tidak akan menggunakan pendekatan populis untuk mentadbir Negara.

“Jadi, saya ingin menyeru kepada Perdana Menteri Malaysia dan Kerajaan BN supaya menunai janji yang telah dijanjikan tetapi bukanlah cuba mengalihkan tumpuan rakyat dengan sebab-sebab kenaikan harga barangan yang tidak munasabah.

“Rakyat yang matang dan bijaksana akan menolak kerajaan yang mungkir janji pada Pilihanraya Umum yang akan datang.

“Jika BN mengumumkan bahawa mereka akan membenarkan kenaikan harga barangan dan melaksanakan GST ketika kempen PRU-13, saya cukup yakin mereka sudah jadi Pembangkang di Malaysia.,” ujar Teo.

No comments:

Post a Comment