GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Sunday, May 13, 2012

GST: Jika gagal tadbir, serah kepada Pakatan


Harakahdaily,13 Mei 2011
KUALA LUMPUR, 13 Mei: PAS menegaskan jika kerajaan BN tidak mampu menjaga kebajikan rakyat apabila berusaha juga melaksanakan cukai GST, sila serahkan kuasa kepada Pakatan Rakyat yang terbukti dan teruji. 

"Jika Datuk Seri Najib dan rakan-rakan BN hanya hendak menyusahkan rakyat lebih baik berundur secara terhormat," kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad.


Mengulas kenyataan Perdana Menteri yang mahu meneruskan cukai GST, Idris berkata, PAS tetap membantah GST yang akan diperkenalkan oleh kerajaan.


Tindakan ini, bagi beliau, melambangkan kerajaan BN, gagal memberi keselesaan kepada rakyat dan lari daripada tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan. 


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini meminta NGO memainkan peranan untuk menerangkan tentang cukai GST. 


Ini berikutan bantahan Pakatan Rakyat terhadap rancangan untuk memperkenalkan cukai itu sebelum ini.


Akta GST telah dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama namun telah ditarik balik apabila ia mendapat bantahan hebat dari Pakatan Rakyat.


Langkah menggunakan NGO bukan asing bagi Najib apabila ia digunakan untuk menggugat kerajaan negeri Perak hingga jatuh melalui rampasan kuasa dan menggunakan NGO juga untuk menggugat kerajaan negeri Selangor apabila beliau menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Selangor.


Kolumnis Harakahdaily, Haji Subky Latif dalam tulisannya hari ini menyifatkan, semua NGO ini adalah talibarut Umno. Ia hanya muncul untuk memainkan peranan khas untuk menjayakan agenda Najib.