GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Saturday, February 18, 2012

Tiada tanda pelaksanaan


ARKIB : 17/02/2012


KUALA LUMPUR 16 Feb.- Biarpun semakin ramai penduduk negara ini memahami tentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tetapi masih belum terdapat tanda-tanda pelaksanaannya akan dikuatkuasakan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala berkata, pelaksanaan GST masih lagi dibincang oleh kerajaan.

''Saya tidak tahu bila ia akan dikuatkuasakan. Semua pihak yang terlibat perlu membuat penerangan kepada rakyat seperti yang diarahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

''Setakat ini, rakyat sudah mula memahami GST,'' katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama di Persidangan Transformasi Nasional anjuran Institut Pengurusan Malaysia di sini hari ini.

Idris berkata, GST bukan pengenalan cukai yang baharu sebaliknya ia menggantikan cukai perkhidmatan dan jualan.

Menurut beliau, GST sebenarnya adalah lebih baik kerana ia berupaya melindungi hak golongan miskin, selain menambah nilai.

Terdahulu, semasa sesi soal jawab bersama peserta persidangan, Idris yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) berkata, kerajaan perlu meningkatkan pendapatan melalui kutipan cukai di kalangan individu yang layak.

Jelasnya, jumlah individu yang membayar cukai di Malaysia adalah sejuta berbanding 28 juta rakyatnya.

''Jumlah pendapatan yang diperoleh ini tidak mencukupi kepada kerajaan yang perlu menanggung 28 juta rakyat," tambah beliau.

Katanya, bukan suatu masalah yang besar sekiranya kerajaan membuat hutang kerana mempunyai pendapatan yang cukup untuk bayar balik.

Cuma, pendapatan itu perlu ditingkatkan, selari dengan unjuran kerajaan untuk mengekalkan pertumbuhan 6.0 peratus bagi mencapai status negara maju.

''Salah satu caranya ialah mengejar individu yang layak membayar cukai,'' kata beliau.


© Utusan Melayu (M) Bhd

60 peluang niaga baru dikenal pasti


Publication: BH
Date of publication: Feb 17, 2012
Section heading: Ekonomi
Page number: 001
Byline / Author: Oleh Shahrizan Salian


UNIT Pengurusan dan Penyampaian Prestasi (PEMANDU) sudah mengenal pasti 60 peluang perniagaan baru yang akan diterjemahkan kepada 70 lagi projek permulaan (EPP) di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Ia menjadikan jumlah keseluruhan EPP di bawah ETP yang bermatlamat menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi pada 2020, kepada 200.

Ketua Eksekutif PEMANDU, Datuk Seri Idris Jala, berkata unit itu baru saja menyelesaikan lima makmal bersama semua koridor pembangunan dan bandar raya setiap negeri untuk mengenal pasti peluang perniagaan yang boleh dimasukkan ke dalam komponen ETP.

Kami berharap dapat mengeluarkan dokumen penuh mengenai semua projek berkenaan pada akhir suku pertama ini atau selewat-lewatnya pada April, katanya kepada media selepas membentangkan perkembangan terbaru ETP dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) pada Sidang Puncak Transformasi Negara anjuran Institut Pengurusan Malaysia (MIM) di Kuala Lumpur, semalam.

PEMANDU bertanggungjawab memantau perkembangan ETP yang dibahagikan kepada 12 bidang ekonomi utama bagi menyokong sasaran menjadi negara maju dalam tempoh 10 tahun lagi.

Bagi mencapai sasaran itu, Malaysia perlu meningkatkan pendapatan perkapita kepada AS$15,000 setahun, pendapatan negara kasar (PNK) kepada RM1.7 trilion dan mencatatkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) purata sekurang-kurangnya enam peratus setahun sehingga 2020.

Setakat ini, 72 EPP sudah mula dilaksanakan membabitkan pelaburan bernilai RM188 bilion daripada sektor awam dan swasta.

Projek berkenaan menyediakan 313,741 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Dalam tempoh suku ketiga tahun lalu, 87 peratus daripada sasaran PNK sudah dicapai, 83 peratus sasaran jumlah pelaburan sudah direalisasikan manakala 75 peratus sasaran jumlah pekerjaan baru yang diwujudkan dapat dipenuhi.

Idris yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, 92 peratus daripada EPP yang sudah dilaksanakan itu dibuat dengan pembabitan sektor swasta.

Komponen kerajaan dalam pelaksanaan ETP hanyalah memastikan semua infrastruktur untuk melaksanakan setiap projek itu dapat disediakan dan kerajaan mempunyai wang yang cukup untuk menyediakannya, katanya.

Mengenai pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), beliau berkata proses rundingan mengenainya masih berjalan antara kerajaan dan semua pihak termasuk orang awam.

Beliau yang masih berteka-teki mengenai tempoh sebenar pelaksanaan GST itu bagaimanapun berkata kerajaan dijangka akan mengambil masa setahun untuk melaksanakan kutipan cukai itu daripada tempoh ia diumumkan secara rasmi.

Semua negara yang melaksanakan GST mengambil masa kira-kira setahun daripada selepas kerajaannya mengumumkan rancangan itu. Jika semua perkara sudah dipersetujui, seluruh proses dokumentasi dan sebagainya akan mengambil jangka masa seperti itu, katanya.

Dari segi tinjauan pendapat umum, Idris berkata masih ramai yang masih keliru dengan fungsi GST yang sebenarnya hanyalah menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada dan bukan menambahkan beban cukai.

Kerajaan juga, katanya memberi jaminan melindungi kumpulan berpendapatan rendah dan rakyat secara keseluruhannya dengan mengecualikan produk asas seperti makanan daripada dikenakan cukai manakala sesetengah barangan pula hanya akan mengenakan cukai ke atas nilai tambah yang disediakan barangan terbabit.

GST still a long way off, says Minister


Friday February 17, 2012

KUALA LUMPUR: The Goods and Services Tax (GST) will not be implemented any time soon as discussions and awareness programmes are still ongoing, said Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Idris Jala.
“No target date has been set yet. It will take at least a year from the time of announcement to the date of actual implementation,” he said at the National Transformation Summit.
“The GST is not a new tax as it is meant to replace the sales and service tax.
“Most countries that implemented the GST did so while protecting the poor. They made sure that staple items such as rice and flour were exempted.”
Idris added that the GST would boost the country’s economy.
“I am of the view that we must introduce the GST. We have 28 million people but only one million are paying tax,” he added.

Friday, February 17, 2012

GST still some time away, says Idris Jala


Published: Thursday February 16, 2012

KUALA LUMPUR: The Goods and Services Tax (GST) will not be implemented any time soon as discussions and awareness programmes are still ongoing, said Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Idris Jala.
“No target date has been set yet. It will take at least one year from the time of announcement to the actual implementation date,” he told reporters after his keynote address at the National Transformation Summit.
He said over 140 countries which had implemented the GST, took at least a year to do so.
The education process, he added, had helped increase the awareness and understanding on the GST. In a question and answer session, Idris said the GST would also help boost the economy and increase the country's revenue.
“I am of the view that we must introduce GST. We have 28 million people but only one million are paying tax,” he added.

Thursday, February 16, 2012

Pelaksanaan GST selepas kajian


Publication: BH
Date of publication: Feb 15, 2012
Section heading: Ekonomi
Page number: 006
Byline / Author: Oleh Junita Mat Rasid


KERAJAAN hanya akan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) di negara ini, selepas membuat kajian dan mendapat maklum balas daripada dewan perniagaan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai, berkata setakat ini kerajaan belum menetapkan tarikh khusus pelaksanaan GST, sebaliknya keputusan bergantung kepada hasil perbincangan dengan wakil komuniti perniagaan bagi memastikan mereka memahami langkah kerajaan.

Katanya, satu perbincangan meja bulat membabitkan wakil dewan perniagaan dan PKS dijangka diadakan pertengahan tahun ini sebelum diteruskan bacaan kali kedua di Dewan Rakyat bagi membolehkan pelaksanaan GST diluluskan.

Perbincangan itu membolehkan kita mendapat gambaran lebih jelas dan memahami sama ada Malaysia sudah bersedia dengan pelaksanaan GST. Kerajaan rasa dialog dan perbincangan lebih lanjut perlu dijalankan di seluruh negara bagi memberi mendapat maklum balas pelaksanaannya.

Hanya selepas semua pihak memahami keperluan GST dan mendapat sokongan majoriti daripada semua pihak, baru kita akan melaksanakan GST, katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan GST 2012, di Persada Johor, Johor Bahru, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja, Datuk Matrang Suhaili; Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Kamaruzzaman Abu Kassim serta Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA), Abd Aziz Abu Bakar.

Lim berkata, bacaan pertama pelaksanaan GST dibuat pada 16 Disember 2009 tetapi laporan daripada hasil perbincangan dengan pihak berkenaan menunjukkan kira-kira 80 peratus daripada komuniti perniagaan masih belum bersedia dengan pelaksanaannya menyebabkan ia ditangguhkan sehingga semua pihak memahaminya dengan jelas.

Katanya, hasrat kerajaan memperkenalkan GST dibuat sejak 1989 lagi dan pada masa ini 146 daripada 195 negara di dunia sudah melaksanakan GST dengan kadar serendah sebanyak lima peratus di Kanada dan Jepun sehingga ke kadar tertinggi 24 peratus di Ireland.

Beliau berkata, kecuali Malaysia, Brunei dan Myanmar, semua negara Asean turut melaksanakan GST dengan Singapura menetapkan kadar tujuh peratus, manakala Thailand, Indonesia, Filipina dan Vietnam masing-masing dengan kadar 10 peratus.

Govt wants to gather feedback on implementation of GST

Feb 15, 2012 

By ZAZALI MUSA
zaza@thestar.com.my

JOHOR BARU: The Government will hold series of roundtable discussions beginning middle of this year to gather more feedback and suggestions from relevant parties on the implementation of the Goods and Services Tax (GST).
Deputy Finance Minister Datuk Donald Lim Siang Chai said among those involve in the discussions were the business community, chambers of commerce, non-governmental organisations, economists, tax experts and manufacturers.
“The discussions would give the Government a clearer picture and a better understanding whether Malaysians are really ready for the GST,” he told a press conference at the two-day GST 2012 Conference jointly organised by Johor Corp and the Malaysian Tax Accountant Association here on yesterday.
Lim: ‘We need to get the consensus from the relevant parties and we are looking at achieving between 60% and 70% approval rate from them before implementing the scheme.’
Lim said the Government felt that more dialogues and road shows on the GST should be organised nationwide to educate and create an awareness among Malaysians on the GST.
Asked whether the GST would be implemented after the general election, he declined to comment but said Malaysia had no choice but to introduce the tax scheme sooner or later.
“We need to get the consensus from the relevant parties and we are looking at achieving between 60% and 70% approval rate from them before implementing the scheme,” said Lim.
The scheme would be good for Malaysia as it would provide an alternative for the Government to increase its coffers apart from the existing income tax.
The country lost billions of ringgit yearly in tax collections as 25 million tourists who visited Malaysia yearly and four million foreign workers in the country enjoyed subsidised goods and services that were meant for the locals.
Presently 146 out of 195 countries in the world have already implemented the GST or the Value Added Tax and in Asean only Malaysia, Brunei and Myanmar have yet to introduce the scheme.

Wednesday, February 15, 2012

Government to implement GST after agreement with business community, says minister


Posted on February 15, 2012, Wednesday

JOHOR BAHARU: The government will only implement the Goods and Services Tax (GST) after it has received the agreement from the business community including the country’s small and medium enterprises.

Until then, there is no specific date for the implementation of the GST, said Deputy Finance Minister Datuk Donald Lim Siang Chai.

“A round table conference will be held with the various chambers of commerce in the middle of this year to get feedback on the matter. If the majority of them agree, we will table the bill on the introduction of the GST for second reading in Parliament,” he said.

Lim said this to reporters after officiating the Goods and Services Tax Conference 2012 jointly organised by Johor Corporation, Malaysian Association of Tax Accountants (MATA), Royal Malaysian Customs and Institut Pembangunan Pengurusan Johor Sdn Bhd, here yesterday.

The first reading of the GST bill was done on Dec 16, 2009 at a rate of four per cent, however the chambers of commerce reported that 80 per cent of the business community were not ready for its implementation.

Lim also said the GST implementation system for consumers has been undertaken and was nearing completion while a detailed study at the government and companies’ level will be done following that.

He said GST was a fairer system as the tax was imposed upon spending or when using services.

“The more we spend, the more tax we will have to pay,” he said.

However, exemption from GST was allowed for necessity goods such as rice, flour and sugar.

GST, he added, would expose those involved in shadow economy and place them in the GST system. — Bernama

Read more: http://www.theborneopost.com/2012/02/15/government-to-implement-gst-after-agreement-with-business-community-says-minister/#ixzz2WBcnTC4J

Tiada tarikh laksana GST





Harian Metro
Feb 15, 2012, Page 035, Main Section

Kerajaan akan hanya melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) selepas mendapat persetujuan komuniti perniagaan termasuk syarikat industri kecil dan sederhana di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, sehingga itu, belum ada tarikh khusus bagi pelaksanaan GST dan satu persidangan meja bulat akan diadakan bersama-sama dewan perniagaan pada pertengahan tahun ini untuk mendapatkan maklum balas mengenai perkara itu.

“Jika majoriti daripada mereka bersetuju, kita akan membentangkan rang undang-undang berkaitan cadangan memperkenalkan GST untuk bacaan kali kedua pada persidangan Dewan Rakyat,” katanya selepas merasmikan Persidangan Cukai Barang & Perkhidmatan (GST) 2012 anjuran bersama Johor Corporation, Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (Mata), Kastam Diraja Malaysia dan Institut Pembangunan Pengurusan Johor di Johor Bahru, semalam.

Kerajaan laksana GST selepas dapat persetujuan komuniti perniagaan


14 Februari 2012

JOHOR BAHRU - Kerajaan akan hanya melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) setelah mendapat persetujuan komuniti perniagaan
termasuk syarikat industri kecil dan sederhana di negara ini.

Sehingga itu, belum ada tarikh khusus bagi perlaksanaan GST tersebut, kata Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Donald Lim Siang Chai.

"Satu persidangan meja bulat akan diadakan bersama-sama dewan-dewan perniagaan pada pertengahan tahun ini untuk mendapatkan maklum balas mengenai perkara tersebut.

"Jika majoriti daripada mereka bersetuju, kita akan membentangkan rang undang-undang berkaitan cadangan memperkenalkan GST untuk bacaan kali kedua pada persidangan Dewan Rakyat," katanya.
Lim berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Cukai Barang & Perkhidmatan (GST) 2012 anjuran bersama Johor Coproration, Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA), Kastam Diraja Malaysia dan Institut Pembangunan Pengurusan Johor di sini hari ini.

Bacaan kali pertama rang undang-undang tersebut dibuat pada 16 Disember, 2009 dengan kadar GST pada 4.0 peratus, bagaimana pun laporan daripada dewan-dewan perniagaan menyatakan bahawa 80 peratus daripada komuniti perniagaan masih belum bersedia terhadap perlaksanaan GST tersebut.

Lim turut berkata sistem perlaksanaan GST bagi pengguna telah dijalankan dan hampir siap manakala kajian terperinci di peringkat kerajaan dan
syarikat-syarikat akan dibuat selepas itu.

Beliau berkata GST satu sistem cukai yang lebih adil kerana cukai dikenakan apabila berbelanja atau menggunakan barang dan perkhidmatan.

"Lebih banyak kita berbelanja, lebih banyak cukai yang kita bayar," katanya.

Bagaimanapun, pengecualian GST diberikan bagi barangan keperluan seperti beras, sayuran, tepung dan gula.

GST, katanya akan mendesak dan mengakibatkan sistem ekonomi bayangan yang selama ini tidak membayar cukai timbul dan perlu berada dalam sistem GST, dan akan terdedah juga dalam sistem cukai pendapatan.

Tuesday, February 14, 2012

GST only after nod from business community, says Donald Lim


TUESDAY, FEBRUARY 14, 2012 - 16:40
by Bernama


JOHOR BARU: The government will implement the Goods and Services Tax (GST) only after it has received the agreement from the business community including the country's small and medium enterprises (SMEs).

Until then, there is no specific date for the implementation of the GST, said Deputy Finance Minister Datuk Donald Lim Siang Chai. 

"A roundtable conference will be held with the various chambers of commerce in the middle of this year to get feedback on the matter.

"If the majority of them agree, we will table the bill on the introduction of the GST for second reading in Parliament," he said.

The GST was proposed at a rate of 4 per cent.

Lim said this to reporters after officiating the Goods and Services Tax Conference 2012 jointly organised by Johor Corporation, Malaysian Association of Tax Accountants (MATA), Royal Malaysian Customs and Institut Pembangunan Pengurusan Johor Sdn Bhd, here today.      

The first reading of the GST bill was done on Dec 16, 2009, however the chambers of commerce reported that 80 per cent of the business community are not ready for its implementation.

Lim also said the GST implementation system for consumers is nearing completion while a detailed study at the government and companies' level will be done following that.

He said GST is a fairer system as the tax is imposed upon spending or when using services.

"The more we spend, the more tax we will have to pay," he said.

However, exemption from GST is allowed for necessities such as rice, flour and sugar.