GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, April 13, 2012

Insurans penganggur


Harian Metro
Apr 13, 2012, Page 055, Main Section
Oleh Helmy Abd Rahman

KERAJAAN sedang mengkaji kemungkinan untuk memperkenalkan skim insurans pengangguran di negara ini bagi menyediakan jaringan keselamatan sosial lebih baik kepada golongan pekerja.

Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Dr Rahamat Bivi Yusoff berkata, kajian itu dijangka akan dimuktamadkan tahun depan.

“Pada masa ini, masih banyak yang perlu dikaji dan kami menjangka akan memuktamadkan kajian mengenai skim ini tahun depan,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Pemantauan Ekonomi Malaysia: Kerjaya Moden di Kuala Lumpur, semalam.

Siri Pemantauan Ekonomi Malaysia menyediakan sudut pandangan analitikal berkaitan cabaran polisi yang muncul seiring perjalanan Malaysia menuju kelas ekonomi berpendapatan tinggi.

Hadir sama, Pengarah Bank Dunia Malaysia, Annette Dixon dan Pakar Ekonomi Kanan Bank Dunia Malaysia, Frederico Gil Sander.

Dalam perkembangan lain, Dr Rahamat berkata, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) hanya akan diperkenalkan apabila masyarakat faham mengenai keperluan pelaksanaannya.

“Kerajaan akan terus menyampaikan maklumat bagi memberi kesedaran kepada pengguna mengenai pentingnya mempelbagaikan jenis cukai. Malah, sudah lebih lima tahun kerajaan tidak memperkenalkan cukai baru.

“Bagaimanapun, belum ada tarikh khusus untuk melaksanakan GST. Masih banyak pertanyaan daripada orang ramai mengenainya,” katanya.

Sementara itu, Sander berkata, Malaysia dijangka akan mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) lebih rendah tahun ini iaitu 4.6 peratus berbanding 5.1 peratus tahun lalu sebelum kembali mencatat 5.1 peratus pada 2013 bergantung kepada pemulihan ekonomi dunia.

Thursday, April 12, 2012

TUKAR tingkat jualan lebih 400 peratus


Publication: BH
Date of publication: Apr 11, 2012
Section heading: Main Section
Page number: 006


PROGRAM Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) yang dilaksanakan sejak tahun lalu berupaya meningkatkan nilai jualan harian peruncit hingga melebihi 400 peratus.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe, berkata pencapaian itu selaras hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mentransformasikan ekonomi golongan berpendapatan rendah khususnya di luar bandar.

Katanya, kerajaan berharap kejayaan itu membantu merealisasikan matlamat menjadi negara berpendapatan tinggi.

Kita bangga pencapaian TUKAR dari segi peningkatan jualan harian melepasi 400 peratus, katanya menjawab soalan tambahan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai).

Beliau turut menafikan dakwaan Nurul Izzah bahawa pelaksanaan TUKAR ada kaitan dengan rancangan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), sebaliknya ia membantu peruncit memodenkan perniagaan agar dapat bersaing dengan pasar raya besar.

Mengulas isu kekurangan pembabitan kaum Cina dalam TUKAR yang direkodkan hanya 7.5 peratus, Tan berkata, kerajaan mengakui pembabitan kaum berkenaan tidak menggalakkan walaupun kementerian mengadakan program jelajah dan perbincangan dengan pihak berkenaan.

Menjawab soalan asal Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman (BN-Lipis) yang meminta penjelasan jumlah pekedai yang menyertai TUKAR, Tan berkata tahun lalu, 519 kedai runcit berjaya dimodenkan, melepasi sasaran 500 kedai.

Wednesday, April 11, 2012

Tiada kaitan perkenal GST




Harian Metro
Apr 11, 2012, Page 018, Main Section

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe berkata, bagaimanapun pelaksanaan program itu langsung tidak mempunyai kaitan dengan rancangan untuk memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

“Program berkenaan tiada kaitan dengan rancangan memperkenalkan GST, sebaliknya ia bagi membantu peruncit memodenkan perniagaan mereka supaya boleh bersaing dengan pasar raya lebih besar.

“Di samping maklum balas positif yang diterima daripada peserta Tukar, hasil pelaksanaan itu juga menyebabkan jualan harian peserta turut meningkat secara drastik,” katanya.

Beliau berkata demikian membalas dakwaan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) melalui soalan tambahan kononnya program itu adalah untuk menyediakan peruncit di negara ini bagi melaksanakan GST. Terdahulu ketika menjawab soalan asal Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman (BN-Lipis), Tan berkata tahun lalu, sebanyak 519 kedai runcit termasuk kedai runcit koperasi sudah dimodenkan di seluruh negara, melepasi sasaran 500 kedai yang ditetapkan. “Manakala sehingga 6 April, sebanyak 107 kedai runcit berjaya dimodenkan manakala 393 kedai lagi dalam peringkat pelaksanaan di seluruh negara,” katanya.

Program tukar tiada kaitan dengan GST


10 April 2012


KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Program Transformasi Kedai Runcit (Tukar) langsung tidak mempunyai kaitan dengan rancangan untuk memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe berkata demikian untuk menyangkal dakwaan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) kononnya program itu adalah untuk menyediakan peruncit di negara ini bagi melaksanakan GST.

Sebaliknya, Tan menjelaskan bahawa program itu adalah bagi membantu para peruncit memodenkan perniagaan mereka supaya boleh bersaing dengan pasar raya lebih besar.

"Di samping, maklum balas yang didapati daripada peserta Tukar menunjukkan peningkatan jualan harian mereka telah mampu meningkat dari 10 peratus kepada sehingga 400 peratus," katanya ketika menjawab soalan tambahan Nurul Izzah.

Terdahulu ketika menjawab soalan asal Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman (BN-Lipis), Tan berkata tahun lepas, sebanyak 519 buah kedai runcit termasuk kedai runcit koperasi telah dimodenkan di seluruh negara, melepasi sasaran 500 buah kedai yang ditetapkan.

Manakala sehingga 6 April, sebanyak 107 buah kedai runcit telah berjaya dimodenkan manakala 393 buah kedai lagi dalam pelbagai peringkat pelaksanaan, katanya. - Bernama

Retail shop transformation not related to GST, says Tan


Published: Tuesday April 10, 2012

KUALA LUMPUR: The implementation of the Retail Shop Transformation Programme (Tukar) has nothing to do with the proposal to introduce the Goods and Services Tax (GST), said Deputy Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Minister Datuk Tan Lian Hoe.
She told Parliament that Tukar was aimed at helping retailers to modernise their traditional shops to compete with larger retail outlets.
She said this to refute the allegation made by Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) that Tukar was introduced with the aim to prepare the retailers for the GST.
"The response given by the retailers participating in the programme showed that their daily sales had also increased by up to 400 per cent," Tan said.
In reply to Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman's (BN-Lipis) question, Tan said a total of 519 retail shops, including cooperative shops, had been modernised nationwide last year, surpassing the initial target of 500 shops.
As at April 6 this year, 107 shops had been modernised, with work in progress on 393 others. BERNAMA

Program Tukar tiada kaitan dengan GST


ARKIB : 10/04/2012

KUALA LUMPUR 10 April – Pelaksanaan Program Transformasi Kedai Runcit (Tukar) langsung tidak mempunyai kaitan dengan rancangan untuk memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe berkata demikian untuk menyangkal dakwaan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) kononnya program itu adalah untuk menyediakan peruncit di negara ini bagi melaksanakan GST.

Sebaliknya, Lian Hoe menjelaskan bahawa program itu adalah bagi membantu para peruncit memodenkan perniagaan mereka supaya boleh bersaing dengan pasar raya lebih besar.

"Di samping itu, maklum balas yang didapati daripada peserta Tukar menunjukkan peningkatan jualan harian mereka telah mampu meningkat dari 10 peratus kepada sehingga 400 peratus,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Nurul Izzah.

Terdahulu ketika menjawab soalan asal Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman (BN-Lipis), Lian Hoe berkata, tahun lepas sebanyak 519 buah kedai runcit termasuk kedai runcit koperasi telah dimodenkan di seluruh negara, melepasi sasaran 500 buah kedai yang ditetapkan.

Manakala sehingga 6 April, sebanyak 107 buah kedai runcit telah berjaya dimodenkan manakala 393 buah kedai lagi dalam pelbagai peringkat pelaksanaan, katanya. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0410&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm#ixzz2Wd1GbGch
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuesday, April 10, 2012

"Tukar" Program Has Nothing to Do with GST


KUALA LUMPUR, 10 APRIL, 2012: The implementation of the Retail Shop Transformation Programme (Tukar) has nothing to do with the proposal to introduce the Goods and Services Tax (GST), the Dewan Rakyat was told today.

Instead, Deputy Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Minister Datuk Tan Lian Hoe said the programme was aimed at helping retailers to modernise their traditional shops so that they could compete with larger retail outlets.

She said this to refute the allegation made by Nurul Izzah Anwar's (PKR-Lembah Pantai) that the program was introduced with the aim to prepare the retailers in the country to implement GST.

"The response given by the retailers participating in the programme showed that their daily sales had also increased by up to 400 per cent," Tan said.

In reply to Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman's (BN-Lipis) original question, Tan said a total of 519 retail shops, including cooperative shops, had been modernised nationwide last year, surpassing the initial target of 500 shops.


As at April 6 this year, 107 shops had been modernised, while 393 others were at various levels of implementation, she added. -- BERNAMA

Monday, April 9, 2012

M’sia faces slowdown but still cushioned by domestic demand

Posted on April 9, 2012, Monday

GOING FORWARD: Domestic demand will uphold growth momentum given that consumer spending was benefiting directly from higher government operating spending.


KUCHING: Malaysia’s economic growth is expected to slow down to four per cent this year from 5.1 per cent last year.
Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) said the slowdown reflected the drag from softer global economy and world trade on export and import growth.

Its domestic demand however, would uphold growth momentum given that consumer spending was benefiting directly from higher government operating spending following the disbursement of one-off cash handouts from the Budget 2012 ‘goodies’ announced back in october last year.

Among other factors that drove the domestic demand were the suspension of the Subsidy Rationalisation Programmes (SRP) to keep the prices fuel, stable essential food items and energy, and announcement of between seven per cent to 13 per cent increase in civil service salaries.

“Indeed, the government has also submitted a RM10.29 billion Supplementary Budget for Parliament’s approval in addition to the RM181.6 billion operating expenditure budgeted for 2012,” Maybank IB noted.

At the same time, gross fixed capital formation growth would come mainly from major infrastructure projects and socio-economic investments under the Economic Transformation Programme (ETP) and the Government Transformation Programme (GTP), especially from mid-2012 onwards.

These included construction of the Mass Rapid Transit (MRT), the rollout of oil and gas projects and investments, developments of several parcels of government lands and government expenditure to improve social infrastructure and public services.

For the record, out of the RM179.2 billion ETP investments announced thus far, RM12.9 billion worth of investments were realised in 2011. The remaining RM166.3 billion would be rolled out from 2012 onwards.

Inflation wise, Maybank IB expected a slower annual inflation rate this year of 2.7 per cent but a v-shaped monthly consumer price index that ease to 2.4 per cent year-on-year (y-o-y) in the first half of 2012 (1H12) to pick up to plus three per cent y-o-y in 2H12.

“The above-mentioned freeze on SRP came amid speculation of a snap general election, which could be as early as this quarter. On this assumption, we expect SRP to resume in 2H12,” it highlighted.

Taking into account, Bank negara Malaysia (BNM) has had two rounds of Monetary Policy Committee (MPC) meetings so far this year. On both occasions, the overnight policy rate (OPR) was left at three per cent.

“We reiterate our call of no change in OPR this year as BNM adopts ‘prudent bias’ amid the upside risk to inflation and the high level of household debt that have led to BNM introducing prudential measures on mortgages, credit cards as well as issuing more stringent bank lending guidelines on retail financing since late-2010,” the research firm stated.

Meanwhile, on the Strategic Reform Initiatives (SRIs), all eyes would be on the resolve to undertake the key reforms, namely the introduction of Goods and Services Tax (GST), which the Performance Management and Delivery Unit (Pemandu) had previously indicated might be implemented in 2014 or 2015.

“The current freeze on the SRP may push back the timeframe for the completion of this particular measure to 2015-2017, unless the government accelerates the SRP upon its resumption to catch up with the original schedule, which may intensify the upside risks to inflation,” Maybank IB highlighted.

“We will also be on the lookout for the economic and inflationary impact of the minimum wage, scheduled to be announced by Prime Minister on May 1, 2012,” it concluded.


Read more: http://www.theborneopost.com/2012/04/09/msia-faces-slowdown-but-still-cushioned-by-domestic-demand/#ixzz2WC2lc5sf

Second reading of GST Bill deferred


Publication: NST
Date of publication: Apr 9, 2012

KUALA LUMPUR -- The second reading of the Goods and Services Tax Bill 2009, scheduled for today, has been deferred to another date.

Deputy Finance Minister Datuk Dr Awang Adek Hussin made the application to withdraw the bill from the agenda at the start of the Dewan Rakyat sitting today.

He said a new date would be decided later.

Meanwhile, Deputy Minister in the Prime Minister's Department Datuk Liew Vui Keong had also applied to defer the second and third readings of the Legal Profession (Amendment) Bill 2012 to the next sitting. -- Bernama

Sunday, April 8, 2012

GST banyak beri manfaat kepada PKS


ARKIB : 07/04/2012

KUALA LUMPUR 6 April - Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tidak perlu gusar mengenai pelaksanaan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) kerana ia mampu memberi banyak manfaat terutama di dalam pengurusan kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corporation Malaysia, Datuk Hafsah Hashim berkata, kebanyakan PKS tempatan tidak mempunyai pengurusan kewangan yang baik sekali gus menyukarkan mereka menjalankan perniagaan.

"Pengurusan kewangan sangat penting di dalam sesuatu perniagaan tetapi malangnya banyak PKS tempatan tidak menitik beratkan perkara ini.

"Diharapkan dengan pelaksanaan GST kewangan PKS akan diurus dengan lebih teratur dan boleh mengesan setiap aktiviti," katanya semasa sidang akhbar selepas Pelancaran Program E50 di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi SME Corp., Datuk Mohamed Al-Amin Abdul Majid.

Tambah Hafsah, SME Corp memainkan peranan penting untuk memberi penerangan dan menyedarkan PKS-PKS mengenai GST.

"SME Corp. perlu memastikan kesemua PKS-PKS ini bersedia dan tidak mempunyai kekeliruan mengenai GST sebelum kerajaan melaksanakannya," ujar beliau lagi.

Tambah beliau, untuk itu juga SME Corp. bekerjasama rapat dengan Jabatan Kastam dan Kementerian Kewangan bagi mendapatkan maklumat lengkap mengenai GST.

Hafsah juga menasihatkan PKS-PKS supaya tidak risau mengenai kos bagi pemasangan sistem yang bakal ditanggung sekiranya GST dilaksanakan.

"Anggap ia sebagai pelaburan kerana pulangannya berpanjangan. Ia bukan sesuatu yang sia-sia, malah apabila pelaksanaan GST mampu mengukuhkan pengurusan kewangan sesuatu syarikat, ia boleh dikatakan satu pelaburan yang sangat berbaloi, " tambahnya lagi.

Bercakap mengenai Program Enterprise 50, Hafsah berkata, acara tahunan itu bakal mengiktiraf 50 syarikat berpotensi tinggi di kalangan PKS tempatan.

Acara yang telah diadakan selama 16 tahun ini dianjurkan oleh SME Corp. dan Deloitte Malaysia dengan sokongan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Setakat ini, Enterprise 50 telah menarik 1,673 penyertaan namun sedikit perbezaan dilakukan pada tahun ini apabila penyertaan adalah berdasarkan jemputan eksklusif penganjur sahaja.

© Utusan Melayu (M) Bhd

`GST sebagai pelaburan masa depan syarikat'


Publication: BH
Date of publication: Apr 7, 2012
Section heading: Ekonomi
Page number: 004
Byline / Author: Oleh Hazwan Faisal Mohamad


PERUSAHAAN kecil dan sederhana (PKS) perlu melihat pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebagai sesuatu yang positif dengan ia dapat membantu mengembangkan perniagaan secara lebih meluas.

Ketua Eksekutif SME Corporation Malaysia (SME Corp), Datuk Hafsah Hashim, berkata, pelaksanaan GST seharusnya dianggap tidak membebankan kerana ia dapat membantu mendidik PKS menguruskan kewangan dengan lebih berkesan.

Katanya, kini kebanyakan PKS didapati tidak memiliki sistem pengurusan kewangan yang baik justeru menghalang mereka untuk mengembangkan perniagaan dengan lebih jauh.

Pelaksanaan GST ini mungkin akan membabitkan sedikit kos tambahan kepada PKS apabila terpaksa mengeluarkan sedikit perbelanjaan untuk membeli peralatan atau sistem baru.

Namun begitu, mereka perlu menganggap semua penambahan itu sebagai pelaburan masa depan untuk syarikat mereka, katanya pada sidang media selepas pelancaran Program Anugerah Enterprise 50 (E50) 2012 di Kuala Lumpur semalam.

Pelancaran disempurnakan Pengerusi SME Corp, Datuk Ir (Dr) Mohamed Al Amin Abdul Majid dan Pengurus Bersama Negara Deloitte Malaysia, Tan Theng Hooi.

Hafsah berkata, PKS yang kini mewakili 99.2 peratus daripada jumlah perniagaan di Malaysia perlu bersedia untuk berubah bagi menjamin kelangsungan syarikat mereka.

PKS adalah tulang belakang kepada ekonomi negara dengan menjadi penyokong penting kepada syarikat korporat serta kerajaan, katanya.

Mengenai penganjuran E50 yang memasuki edisi ke-16 tahun ini, Hafsah berkata, terdapat perubahan pada program itu membabitkan penyertaan peserta.

Katanya, jika sebelum ini, PKS perlu mencalonkan diri mereka sendiri jika mahu menyertainya, bagaimanapun tahun ini format itu diubah dengan SME Corp yang akan menjemput peserta untuk menyertai program itu.

Penilaian akan dilakukan menerusi kaedah dipanggil 'SME Competitiveness Rating for Enhancement' atau SCORE yang akan diukur daripada kosong bintang hingga lima bintang dengan PKS yang mendapat penarafan empat bintang ke atas saja akan dipilih.

Sehingga kini, lebih 400 PKS sudah dipilih dengan kemudiannya hanya 50 akan disenarai pendek bagi merebut anugerah syarikat terbaik pada majlis yang akan berlangsung pada 9 November depan, katanya.

E50 adalah anugerah tahunan anjuran SME Corp dan Deloitte Malaysia dengan sokongan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan ditaja oleh RHB Bank Bhd, Telekom Malaysia Bhd dan Media Prima Bhd.

Business Times, iaitu sisipan perniagaan akhbar New Straits Times serta majalah Malaysia SME pula adalah rakan media anugerah itu.