GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Monday, December 23, 2013

Tampilkan muka baharu pupuk pemimpin muda


ARKIB : 20/12/2013
SEBAHAGIAN daripada perwakilan pemuda MCA dalam Perhimpunan Agung
Pergerakan Pemuda MCA ke-49 di Wisma MCA, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 19 Dis. - MCA perlu kembali menampilkan muka baharu dan pemimpin muda selaras dengan perkembangan zaman supaya parti itu terus mendapat sokongan daripada rakyat khususnya golongan belia.

Ketua Pergerakan Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, proses memupuk pemimpin muda adalah satu-satunya cara untuk memastikan kesinambungan dan memberi nafas baru kepada parti.

Katanya, ketika MCA di bawah kepemimpinan Tan Sri Lee San Choon, Tan Koon Swan, Tun Ling Liong Sik dan Tan Sri Ong Ka Ting telah mengamalkan konsep golongan muda memimpin, golongan usia pertengahan membantu dan golongan berusia membimbing.

Cara tersebut, kata beliau, telah membolehkan MCA melahirkan para pengganti yang unggul dan mampu melangkah jauh ke hadapan.

"MCA perlu berazam mengembalikan gaya kepemimpinan tersebut supaya menjadi lebih dinamik dan ini adalah misi saya.

"Selain daripada perubahan dalam sistem parti, saya juga sanggup memikul tanggungjawab untuk mentransformasikan MCA supaya menjadi sebuah parti bersifat muda sekali gus kembali menjadi kuat untuk survival dalam politik," katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda MCA ke-49 di sini hari ini.

Menyentuh mengenai isu pendidikan, Ka Siong berkata, sudah tiba masanya kerajaan memberi pengiktirafan sepenuhnya kepada Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai 'tiket' kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Katanya, kerajaan juga perlu mengiktiraf sekolah-sekolah menengah persendirian sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan negara dengan menyediakan peruntukan untuk sekolah tersebut.

Selain itu, beliau turut meminta kerajaan menyemak semula kadar cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta mempertimbang untuk menurunkannya kepada empat peratus seperti cadangan asal ketika pertama kali rang undang-undang mengenainya dibentangkan di Dewan Rakyat.

"GST akan memanfaatkan kerajaan secara keseluruhan tetapi kerajaan juga perlu menjaga kepentingan rakyat dan peniaga terutama mengkaji kesan daripada pelaksanaan GST sebanyak enam peratus," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) terutama UMNO supaya lebih berhati-hati dalam ucapan dan pemikiran supaya tidak terarah kepada penyelewengan dan ekstremisme.

"Akibat daripada keputusan (MCA) tidak menyertai Kabinet, dasar-dasar yang merugikan masyarakat Cina atau tidak mengambil kira kepentingan semua kaum telah dilaksanakan dan keadaan ini membimbangkan rakyat," katanya.

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment