GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Monday, December 23, 2013

Kerajaan jawab tohmahan GST


Publication: BH
Date of publication: Dec 21, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 015

Putrajaya: Kerajaan akan menjawab segala tohmahan pembangkang berhubung pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 2015, mulai bulan depan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, berkata satu risalah akan diterbitkan Januari depan bagi menjawab segala dakwaan tak berasas pembangkang berhubung pelaksanaan cukai itu.

"Kementerian Kewangan sudah bersedia menjawab segala tuduhan dan memperbetulkan tanggapan salah selain pemahaman dangkal mereka (pembangkang) berhubung isu ini.

"Risalah itu akan disediakan pasukan GST Kementerian Kewangan akan menjawab semua soalan lazim berhubung GST supaya orang ramai mendapat gambaran sebenar mengenainya," katanya pada sidang media selepas majlis Pengiktirafan Khas Perbendaharaan Malaysia di sini, semalam.

Pada majlis itu, 43 kakitangan Kementerian Kewangan menerima Anugerah Mutiara Perbendaharaan, manakala 20 anggota kumpulan pelaksana yang menampilkan imej baik sebagai pekerja contoh menerima Anugerah Citra Perbendaharaan.

No comments:

Post a Comment