GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Monday, December 23, 2013

17 resolusi pelbagai isu dilulus


ARKIB : 20/12/2013
KETUA Pemuda MCA yang baru, Chong Sin Woon (tengah) bergambar bersama
kepemimpinan baru sayap pemuda bagi penggal 2013-2016 di Wisma MCA,
Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA
KUALA LUMPUR 19 Dis. - Perhimpunan Agung Pemuda MCA ke-49 meluluskan kesemua 17 resolusi merangkumi isu berkaitan parti, politik, ekonomi, pendidikan, ketenteraman awam dan anti rasuah.

Resolusi Pemuda MCA dibentangkan Timbalan Speaker pergerakan itu, Chew Lian Keng sebelum diluluskan sebulat suara oleh 1,515 perwakilan, antara lain termasuk menyatakan sokongan terhadap Timbalan Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Antara yang menarik perhatian adalah resolusi nombor satu yang akan menyokong penuh kepemimpinan baru MCA dalam melaksanakan pelan transformasi selain menyatukan ahli di semua peringkat parti bagi mengembalikan sokongan rakyat dan imej parti.

Selain itu, Pemuda MCA turut mengkritik dan selari dengan rakyat Selangor yang membantah kenaikan gaji serta elaun Menteri Besar serta keseluruhan barisan pimpinan pembangkang di negeri itu secara drastik tanpa alasan.

Komponen Barisan Nasional (BN) turut dirayu agar menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 dan berhenti menyalahkan masyarakat Cina yang kurang menyokong kerajaan.

Dari segi ekonomi, antara resolusi yang diluluskan adalah seruan kepada kerajaan agar kadar cukai barang dan perkhidmatan (GST) diturunkan dari enam peratus kepada empat peratus demi meringankan beban rakyat.

Kerajaan juga diminta mempercepatkan pembinaan rumah mampu milik, menambah kuantiti jumlah unit serta memantau perkembangan perumahan dan hartanah bagi mengelakkan spekulator daripada memantau harga dan mengaut keuntungan.

Pemuda MCA juga membantah kenaikan tarif elektrik secara mendadak yang akhirnya akan menyebabkan golongan miskin dan pertengahan terbeban.

Resolusi berkaitan pendidikan pula memohon kepada kerajaan supaya meningkatkan peruntukan sekolah rendah setiap aliran dan mencadangkan peruntukan sekurang-kurangnya RM200 juta kepada 1,295 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina setiap tahun selain sebanyak RM20 juta kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan.

Sayap Pemuda juga menyokong tindakan anti rasuah dan menyeru agar kerajaan mengkaji semula proses siasatan dan pendakwaan terhadap kes rasuah bagi mengelakkan sebarang penganiayaan.

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment