GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, December 27, 2013

Pakar: TPP bawa manfaat besar kepada Malaysia


26 Disember 2013

NEW YORK - Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), yang dirundingkan oleh beberapa negara anggota Asean, akan meningkatkan perdagangan, pelaburan dan akses pasaran ke Malaysia.

Naib Presiden (Dasar) Majlis Perniagaan US-Asean yang berpusat di Washington (USABC), Marc Mealy berkata negara anggota Asean, termasuk Malaysia, akan memperoleh manfaat menyertai TPPA.

Mealy, pakar dalam US-Asean dan perdagangan dan pelaburan US-Asean, merupakan anggota delegasi USABC ke Malaysia pada minggu ketiga November.

Beliau berkata, delegasi berkenaan memberi penerangan mengenai perspektif syarikat multinasional Amerika mengenai TPPA selain mengenai reformasi dasar dan pelaburan Program Transformasi Ekonomi generasi akan datang bagi meningkatkan daya saing global Malaysia.

"Delegasi itu juga bertukar-tukar pandangan dengan pegawai kerajaan Malaysia mengenai sektor keutamaan yang boleh ditumpukan oleh Malaysia apabila mengambil alih jawatan Pengerusi Asean pada 2015 dalam merealisasikan Komuniti Ekonomi Asean," katanya dalam temu bual dengan Bernama.

Anggota delegasi bertemu beberapa pegawai kanan serta ahli politik, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, katanya.

Mealy berkata, walaupun perbezaan yang wujud masih dirundingkan dalam TPPA, pemegang kepentingan awam dan swasta menyuarakan dengan jelas mengenai peluang-peluang perdagangan dan pengembangan pelaburan yang boleh ditawarkan oleh TPPA kepada syarikat kecil dan besar Malaysia.

"Kami percaya TPPA akan membawa manfaat besar kepada Malaysia dan bersedia untuk menyokong Najib dalam usahanya untuk menjayakan penyertaan Malaysia.

"Malaysia seperti tiga negara Asean lain (Brunei, Singapura dan Vietnam) dalam TPPA, berpeluang mencorakkan peraturan perdagangan global dalam industri pertumbuhan tinggi baharu dan memperoleh akses pasaran yang lebih besar untuk membantu mencorakkan peraturan perdagangan dunia yang baharu dan memperoleh akses pasaran yang lebih besar ke 11 lagi ekonomi dengan gabungan 40 peratus daripada keluaran dalam negara kasar dunia," katanya.

Beliau berkata, penyertaan Malaysia dalam memuktamadkan TPPA adalah satu lagi peluang untuk menyediakan persekitaran dasar domestik sebagai peneraju dunia dalam industri teknologi generasi akan datang seperi perdagangan elektronik dan analisis data besar.

"Peluang terbesar dalam mengembangkan aliran perdagangan dua hala dimuatkan dalam rundingan TPPA, jika kedua-dua negara bersetuju untuk meliberalisasikan pasaran domestik mereka dalam bidang di mana komuniti perniagaan lain mempunyai kapasiti untuk bersaing," katanya.

Mealy berkata, 2014 akan menjadi tahun yang menarik, berdasarkan pengumuman bahawa Presiden Obama akan melawat Asean dan kemungkinan Malaysia, pada April 2014.

Presiden Amerika Syarikat juga mungkin menghadiri sidang kemuncak Asean-US yang pertama kali berlangsung di Myanmar, pada November, katanya.

Beliau berkata, perbadanan Amerika memandangkan positif ke atas Malaysia dan menganggapnya sebagai lokasi yang baik untuk menjalankan perniagaan. - Bernama

No comments:

Post a Comment