GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Monday, December 23, 2013

GST: Kerajaan jawab setiap tohmahan


ARKIB : 22/12/2013

PUTRAJAYA 21 Dis. - Kementerian Kewangan akan menerbitkan risalah untuk menjawab setiap tohmahan yang dilemparkan parti pembangkang berhubung pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, pasukan dari kementerian itu dan Jabatan Kastam telah diamanahkan untuk menerbit dan mengedarkan risalah berkenaan ke seluruh negara tahun depan.

Beliau berkata, penerbitan risalah itu merupakan tindak balas terhadap pemimpin pembangkang terutamanya Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang mahu mengedarkan bahan bacaan anti-GST.

“Risalah anti-GST menimbulkan perkara yang tidak betul, berdasarkan pemahaman yang dangkal dan saya akan meminta pasukan kita untuk menjawab setiap satu tohmahan berkenaan," katanya.

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment