GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, January 24, 2014

Halang GST bagai ada agenda tersembunyi


Publication: BH
Date of publication: Jan 24, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 010

Kuantan: Tindakan pembangkang berusaha menghalang pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) daripada dilaksanakan, menggambarkan seolah-olah mereka mempunyai agenda tersembunyi.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, berkata perkara itu tidak mustahil jika dilihat kepada kesungguhan pemimpin pembangkang yang terus menyerang sistem cukai itu sejak ia diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentang Bajet 2014, Oktober lalu.

"Sebelum kita laksanakan GST, banyak perkara sudah diambilkira dan antaranya menambahbaik sistem percukaian sekarang yang mempunyai banyak kelemahan.

"Apa yang menghairankan kita... pembangkang bersungguh-sungguh mahu menghalang GST, namun mereka tidak tampil dengan kaedah percukaian yang lebih baik bagi menggantikan sistem GST ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Sesi Taklimat GST Peringkat Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment