GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, January 24, 2014

GST tak jejas pasaran penjagaan kesihatan


Publication: HM
Date of publication: Jan 23, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 071

Petaling Jaya: Firma penyelidikan Frost & Sullivan menjangkakan pasaran penjagaan kesihatan negara meningkat dalam tempoh beberapa tahun akan datang meskipun pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilihat menjejaskan sentimen pengguna untuk jangka masa singkat.

Naib Presiden Kanan Penjagaan Kesihatan Malaysia, Rhenu Bhuller berkata, negara akan mencatatkan penguasaan dalam industri pelancongan kesihatan di rantau Asia Tenggara kepada lima peratus pada 2017 disumbang faktor pertumbuhan kukuh hospital swasta yang menawarkan kos berpatutan.

"Potensi pertumbuhan ini adalah berdasarkan peningkatan permintaan khidmat penjagaan kesihatan lebih baik daripada sektor awam dan swasta selain rangsangan daripada Program Transformasi Ekonomi (ETP)," katanya pada majlis taklimat media mengenai unjuran industri penjagaan kesihatan, di sini, kelmarin.

Beliau berkata, GST diyakini tidak akan menjejaskan perkhidmatan di hospital swasta kerana perlindungan premium insurans lebih tinggi dan mampu mengurangkan bebanan di hospital kerajaan.

"Walaupun GST akan meningkatkan kos tidak ketara, kita perlu memastikan kualiti perkhidmatan terbaik tetap diberikan sama ada melalui hospital swasta dan kerajaan," katanya.

Rhenu berkata, pasaran pelancongan kesihatan negara dijangka mencatatkan peningkatan pendapatan kepada RM1.57 bilion menjelang dua tahun lagi berbanding RM509.8 juta pada 2011 dengan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) sebanyak 25.2 peratus sepanjang tempoh terbabit.

"Kerajaan menyediakan manfaat cukai bagi menggalakkan syarikat perkhidmatan penjagaan kesihatan mendapatkan akreditasi global bagi meningkatkan kualiti masing-masing dan menarik kehadiran pelancong asing," katanya.

No comments:

Post a Comment