GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Tuesday, December 3, 2013

Pendapatan Badan Berkanun Persekutuan 2012 RM94.14


2 Disember 2013

KUALA LUMPUR - Pendapatan Badan Berkanun Persekutuan pada tahun 2012 meningkat sebanyak RM22.23 bilion atau 30.1 peratus kepada RM94.14 bilion berbanding RM73.91 bilion pada 2011.

Menurut laporan Ketua Audit Negara 2012 siri tiga yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, daripada jumlah tersebut, pendapatan janaan sendiri merangkumi sejumlah RM80.43 bilion atau 83.7 peratus berbanding geran mengurus sejumlah RM15.71 bilion atau 16.3 peratus.

"Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Kewangan memperoleh pendapatan tertinggi sejumlah RM47.88 bilion, diikuti oleh Badan Berkanun Persekutuan di bawah Jabatan Perdana Menteri (RM16.23 bilion), Kementerian Pendidikan Malaysia (RM13.56 bilion) dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (RM3.96).

"Badan Berkanun Persekutuan di bawah kementerian lain pula merangkumi RM14.51 bilion daripada jumlah keseluruhan pendapatan Badan Berkanun," katanya.

Menurut laporan tersebut, peningkatan pendapatan Badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan disumbangkan oleh peningkatan pendapatan pelaburan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja serta peningkatan faedah dan dividen oleh Bank Negara Malaysia.

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan dan Lembaga Tabung Haji pula katanya, menyumbang kepada peningkatan Badan Berkanun Persekutuan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Sementara itu, pendapatan bagi 62 syarikat subsidiari juga meningkat sebanyak RM130 juta kepada RM2.32 bilion pada 2012 berbanding RM2.19 bilion pada tahun sebelumnya.

Sektor yang menunjukkan kenaikan pendapatan pada 2012 adalah sektor pendidikan, pelancongan, konsultan, hartanah, kewangan, pelaburan, perhotelan dan sektor lain, kata laporan itu.

"Sektor pendidikan menjana pendapatan tertinggi pada 2012 iaitu sejumlah RM102.79 juta, peningkatan sebanyak RM102.79 juta berbanding 2012 manakala sektor perladangan dan perkilangan menunjukkan penurunan pendapatan," katanya.

Menurut laporan itu, analisis audit mendapati sebanyak tujuh syarikat subsidiari telah mencatat peningkatan pendapatan setiap tahun.

"Pendapatan yang diperoleh oleh syarikat subsidiari tersebut berjumlah RM168.67 juta pada tahun 2011 dan meningkat kepada RM196.99 juta pada tahun 2012," katanya.

Sementara itu, katanya pendapatan bagi Uniutama Management Holdings Sdn Bhd mengalami penurunan berterusan selama lima tahun iaitu RM8.01 juta pada tahun 2008 kepada RM5.01 juta pada 2012. - Bernama

No comments:

Post a Comment