GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, December 6, 2013

GST sistem cukai terbaik


NAJIB TUN RAZAK Presiden UMNO
KUALA LUMPUR 5 Dis. - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak membidas pembangkang yang memutarbelitkan fakta berhubung cukai barang dan perkhidmatan (GST) sehingga rakyat menjadi keliru.

Berucap pada Perhimpunan Agung UMNO hari ini, Najib menegaskan hakikat kepentingan GST terhadap ketahanan dan keteguhan ekonomi negara, telah dipusing dan dipesong faktanya oleh pihak pembangkang kononnya GST akan menindas rakyat.

Beliau berharap, semua pihak dapat memahami hal GST ini dengan sewajarnya dan tidak terpengaruh dengan dakyah-dakyah pembangkang yang ternyata tidak berasas.

"Sesungguhnya kita perlu fahami dengan baik, bahawa cukai berkenaan yang bakal dilaksanakan pada 1 April 2015, kira-kira 16 bulan lagi, bukanlah cukai tambahan baru. Sebaliknya, ia menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang akan dimansuhkan,'' katanya.

Menurut beliau, GST adalah satu sistem percukaian yang terbaik setakat ini dan terbukti berkesan dan perlu dilaksanakan untuk kekal kompetitif.

Tambahan lagi kata Perdana Menteri, lebih 160 buah negara di dunia telah pun melaksanakan GST.

"Sekiranya GST ini memudaratkan rakyat dan negara, masakan majoriti negara di dunia telah mengguna pakai sistem percukaian ini. Malah pada kadar 6 peratus ini merupakan yang terendah dalam kalangan negara ASEAN.

"Oleh yang demikian, usahlah kita risau, beberapa barangan dan perkhidmatan asas sebenarnya dikecualikan daripada cukai GST antaranya beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dal, rempah ratus, ikan masin, cencaluk, budu sekalipun belacan,'' katanya.

Dalam pada itu beliau menjelaskan, sebagai sebahagian daripada usaha rasionalisasi subsidi dan demi kesihatan rakyat, kerajaan telah membuat keputusan melalui Bajet yang lalu untuk memansuhkan sepenuhnya subsidi gula.

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment