GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, December 5, 2013

Bukti kerajaan laksana pembaharuan fiskal: Moody's


Publication: BH
Date of publication: Dec 4, 2013
Section heading: Bisnes
Page number: 001

Moody's Investors Service berkata, struktur tarif elektrik baharu yang diumumkan semalam menunjukkan kerajaan telah bersedia melaksanakan pembaharuan fiskal.

"Kenaikan itu akan mempunyai impak sekali saja ke atas inflasi tetapi ia akan reda," kata Naib Presiden Sovereign Risk Group, Christian de Guzman (gambar) pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, mempunyai terlalu banyak subsidi berat mungkin tidak bagus untuk inflasi kerana negara seperti China, Indonesia dan India, dengan harga utiliti dan petrol yang rendah, mengalami indeks harga pengguna (CPI) tidak menentu yang tinggi.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili kelmarin mengumumkan kadar tarif elektrik di Malaysia akan meningkat 14.98 peratus atau 4.99 sen kepada 38.53 sen setiap kWh, berkuat kuasa 1 Januari, 2014.

Prospek semakin baik

Struktur tarif baharu itu serentak dengan kenaikan harga bahan bakar pada September dan pengumuman Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan pada April 2015.

"Inilah bukti akan komitmen Malaysia untuk melaksanakan pembaharuan fiskal," kata Guzman.

Moody's Investors Service bulan lalu mengekalkan kadar kedaulatan 'A3' Malaysia, tetapi menukarkan tinjauan itu kepada positif daripada stabil, dirangsang oleh prospek semakin baik untuk pengukuhan dan pembaharuan fiskal serta pertumbuhan daya tahan negara, inflasi dan lebihan akaun semasa yang baik.

Kebimbangan mengenai ketidaktentuan politik berkurangan selepas pilihan raya umum negara pada Mei dan ini membolehkan kerajaan memulakan pembaharuan fiskalnya, kata Guzman lagi.

No comments:

Post a Comment