GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Wednesday, December 4, 2013

Moody's sambut baik


KUALA LUMPUR 3 Dis. - Struktur tarif elektrik baharu yang diumumkan semalam menunjukkan kerajaan telah bersedia melaksanakan pembaharuan fiskal, kata Moody's Investors Service.

"Kenaikan itu akan mempunyai impak sekali sahaja ke atas inflasi tetapi ia akan reda," kata Naib Presiden Sovereign Risk Group, Christian de Guzman dalam sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata, menanggung subsidi yang terlalu tinggi adalah tidak baik untuk inflasi kerana negara-negara seperti China, Indonesia dan India, dengan harga utiliti dan petrol yang rendah, mengalami indeks harga pengguna (CPI) tidak menentu yang tinggi.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili semalam mengumumkan kadar elektrik di Malaysia akan meningkat 14.98 peratus atau 4.99 sen kepada 38.53 sen setiap kWh, berkuat kuasa 1 Januari 2014.

Struktur tarif baharu itu serentak dengan kenaikan harga bahan bakar pada bulan September dan pengumuman Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan pada April 2015. Inilah bukti akan komitmen Malaysia untuk melaksanakan pembaharuan fiskal, tambah beliau.

Agensi penarafan itu pada bulan November telah mengekalkan kadar kedaulatan 'A3' Malaysia dan kemudiannya menukarkan tinjauan itu kepada positif daripada stabil. Ia dirangsang oleh prospek baik langkah-langkah pengukuhan dan pembaharuan fiskal serta pertumbuhan daya tahan negara, inflasi dan lebihan akaun semasa yang baik.

Kebimbangan mengenai ketidaktentuan politik telah agak berkurangan selepas pilihan raya umum negara pada bulan Mei dan ini membolehkan kerajaan memulakan pembaharuan fiskalnya, kata Guzman.

"Kita masih menantikan pelaksanaan aktif pembaharuan untuk melihat bagaimana defisit akan lebih baik sebelum menukarkan penarafan dalam tempoh 12 hingga 18 bulan ini," kata beliau. - BERNAMA

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment