GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Wednesday, December 4, 2013

Kenaikan tarif elektrik beri kesan kepada inflasi


3 Disember 2013
Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
KUALA LUMPUR - Kenaikan tarif elektrik yang berkuat kuasa 1 Januari, 2014, dijangka memberi kesan sementara kepada kadar inflasi negara, kemungkinan naik sedikit kepada 3.0 peratus tahun depan daripada 2.8 peratus sekarang, kata Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, hari ini.

Beliau berkata bank pusat itu tidak menilai bagi asas bulan ke bulan.

"Penilaian awal kami ialah ia mungkin menyebabkan kenaikan inflasi sebanyak 0.4 peratus. Justeru itu, memandangkan kadar semasa ialah 2.8 peratus, ia boleh mencecah 3.0 peratus," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan di Sidang Kemuncak Tenaga 2013, di sini.

Zeti berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan mengenai pengumuman semakan tarif elektrik oleh kerajaan semalam.

"Kami melihat kepada trend dan penilaian kami ialah pelarasan ini akan memberi kesan sementara kepada inflasi," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment