GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Tuesday, March 25, 2014

Pendaftaran GST mungkin diawalkan



KUALA LUMPUR 24 Mac - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menjangkakan pendaftaran bagi syarikat untuk tujuan perakaunan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mungkin diawalkan bagi mengelak kesesakan dalam talian apabila dikuatkuasakan kelak.

Penolong Kanan Pengarah Kastam I, Rohana Ahmad berkata, sistem GST yang berkuat kuasa 1 April 2015 memerlukan perniagaan dengan jualan tahunan melebihi RM500,000 untuk mendaftar dan menyimpan rekod-rekod input dan output cukai dengan pihak JKDM bagi tujuan tuntutan bayaran balik GST.

"Pendaftaran dibuka enam bulan sebelum pelaksanaan GST, namun kita menjangkakan tempoh itu mungkin diawalkan," katanya kepada pemberita selepas seminar mengenai GST anjuran Majlis Perancang Kewangan Malaysia (MFPC) dan Persatuan Perancang Kewangan Malaysia (FPAM) dengan kerjasama JKDM di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden Majlis Perancang Kewangan Malaysia (MFPC), Md. Adnan Zain.

Rohana berkata, pemahaman orang ramai terhadap kebaikan sistem percukaian GST kini bertambah baik dengan inisiatif yang dilakukan kerajaan bagi menjelaskan kebaikan GST.

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment