GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Wednesday, March 26, 2014

255 produk dikaji untuk dimasuk atau dikecuali GST


Publication: BH
Date of publication: Mar 25, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 016
Byline / Author: Oleh Mohd Azrone Sarabatin; Halina Mohd Noor; Fairuz Zaidan

Kerajaan sedang menjalankan kajian terperinci terhadap 255 produk yang mungkin dimasukkan atau dikecualikan dalam pelaksanaan sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (gambar), berkata ketika ini sebanyak 689 produk akan dimasukkan ke dalam pelaksanaan GST, manakala beras, tepung, ayam, ikan dikecualikan daripada cukai berkenaan.

Katanya, selain itu, ada 273 produk yang dahulunya dikenakan 10 peratus cukai, kini dengan GST, hanya enam peratus sahaja, manakala sebanyak 255 produk lagi masih dalam kajian, sejauh mana dilaksanakan atau tidak.

Penilaian mendalam

"Dari segi kadar, setakat ini hanya lima negara sahaja yang mengenakan kadar lima peratus manakala tiga negara dengan kadar tujuh peratus," katanya ketika menggulung usul menjunjung kasih titah Diraja pada Persidangan Dewan Rakyat, di sini, semalam.

Kerajaan sebelum ini memutuskan pelaksanaan GST akan bermula pada 1 April 2015 pada kadar enam peratus.

Ahmad Husni berkata, pelaksanaan GST bukannya dilakukan dengan 'main-main' tetapi membabitkan penilaian mendalam sehingga menjangkaui sektor perumahan dan kesihatan.

Dalam perkembangan lain, beliau ketika menjawab isu kerugian Penerbangan Malaysia (MAS) yang dibangkitkan oleh beberapa wakil rakyat berkata, industri penerbangan adalah industri mencabar dengan kenaikan harga bahan bakar mampu 'merencatkan' keuntungan sesebuah syarikat.

Katanya, bukan sahaja MAS, beberapa syarikat penerbangan seperti Thai Airways dan Korean Air juga mengalami kerugian beberapa tahun lalu

"Apa yang dilakukan MAS, syarikat itu sedang dalam proses menggantikan kepada pesawat baharu yang mampu mengurangkan kos minyak. Saya yakin kewangan mereka akan lebih baik pada masa depan," katanya.

No comments:

Post a Comment