GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Tuesday, March 23, 2010

GST: Husni nafi dakwaan pembangkang


ARKIB : 22/03/2010


IPOH 21 Mac - Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (gambar) menafikan dakwaan bahawa cukai perkhidmatan dan barangan (GST) hanya akan dilaksanakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.

Sebaliknya, tegas beliau, kerajaan belum menetapkan sebarang tarikh untuk pelaksanaan sistem cukai tersebut kerana matlamat utama sekarang adalah memberi penjelasan kepada rakyat terlebih dahulu.

Malah penangguhan tersebut katanya, tiada kaitan langsung dengan kepentingan politik atau berkaitan dengan sebarang isu politik seperti didakwa oleh pembangkang.

"Penangguhan pembentangan sistem cukai ini bagi bacaan kali kedua dan ketiga di Parlimen sebenarnya adalah supaya rakyat benar-benar faham tujuan sebenar dan apa yang dimaksudkan dengan sistem GST.

"GST hanya akan dilaksanakan apabila rakyat faham dan menerimanya. Kita tidak ada tarikh tertentu bila pelaksanaan akan dibuat," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan warga emas di Taman Meru di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, bagi memastikan rakyat faham mengenai GST, kerajaan melalui Jabatan Penerangan akan mencari alternatif terbaik untuk memberi penjelasan kepada mereka.

Kata Ahmad Husni, ia bertujuan mengelakkan salah faham rakyat yang beranggapan GST akan menyebabkan harga barang menjadi mahal dan mereka terpaksa membayar cukai dua kali.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0322&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm#ixzz2WQw1RNTi
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment