GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, May 8, 2014

Islam benarkan kutipan cukai selagi tidak langgar syarak


ARKIB : 03/05/2014

KUANTAN 2 Mei - Islam membenarkan kutipan cukai selagi tidak melanggar hukum syarak serta tidak menzalimi rakyat manakala sistem percukaian yang dilaksanakan di negara ini bukan perkara baharu sebaliknya dilaksanakan sejak zaman Saidina Umar al-Khattab.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata, ketika zaman khalifah tersebut, kutipan cukai dilaksanakan dan hasil tersebut dimasukkan ke dalam Baitulmal sebelum diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

“Umat Islam di negara ini diminta tidak menyalahkan kerajaan tentang cara pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana itu merupakan kaedah yang dilakukan banyak negara di dunia dan bakal dilaksanakan di Malaysia tahun depan.

“Kalau kaedah itu (GST) baik dan tidak menzalimi rakyat maka perkara tersebut dibenarkan dalam syarak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian Karnival Muamalat dan Cinta Rasul yang disempurnakan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di sini hari ini.

Abdul Rahman diminta mengulas perhimpunan membantah pelaksanaan GST anjuran pembangkang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur semalam yang bukan sahaja gagal mencapai matlamat untuk menarik ratusan ribu orang, malah dijadikan medan oleh pemimpin pembangkang melemparkan dakyah kepada kerajaan.

Sementara itu, beliau berkata, jika pihak lain mempunyai cadangan yang lebih baik daripada GST, sepatutnya perkara itu dikemukakan kepada kerajaan dan bukan mengadakan perhimpunan bantahan.

Tambahnya, mereka sepatutnya tidak menyalahkan pelaksanaan GST sebaliknya perlu bersikap membina serta membantu kerajaan dalam menyokong usaha tersebut.

“Sesiapa yang profesional dan boleh membuat satu kutipan cukai GST berasaskan Islam, kemukakannya kepada kerajaan bukannya membuat perhimpunan bantahan seperti semalam.

“Saya meneliti lebih 100 hadis yang menceritakan adalah haram menjatuhkan kerajaan. Masalahnya pembangkang tidak ambil contoh ini kerana takut kepada perpecahan (antara mereka) sedangkan itu asasnya," ujarnya.

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment