APRIL 07, 2014
Dewan Rakyat hari ini gamat apabila ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat berhujah dalam bahasa Inggeris membincangkan Rang Undang-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
“Saya mengalu-alukan kehadiran delegasi Australia hari ini menyaksikan debat GST yang diperkenalkan kerajaaan BN yang hanya mendapat undi popular 47%,” kata Azmin dalam bahasa Inggeris yang mengundang kekecohan Parlimen hari ini.
Keadaan itu kemudiannya digamatkan lagi dengan Ahli Parlimen Rompin Datuk Seri Jamaludin Jarjis yang mengucapkan terima kasih kepada Australia kerana membantu dalam kerja mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Beliau kemudiannya menggesa Azmin untuk tidak mengamalkan politik murahan dengan cuba menarik perhatian ahli Parlimen Australia tersebut.
“Jangan mainkan politik murahan,” katanya kepada Azmin.
Menyaksikan keadaan itu, Yang DiPertua menggesa agar situasi tegang itu dihentikan: “Tak perlu cakap orang putih.
Keadaan demikian menyebabkan beberapa ahli Parlimen BN bangun menjerit-jerit sehingga dewan menjadi gamat menyebabkan delegasi Australia itu segera meninggalkan Dewan Rakyat. – 7 April, 2014.
No comments:
Post a Comment