GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Tuesday, December 10, 2013

Najib dakwa media salah lapor tiada GST, Malaysia muflis

OLEH EILEEN NG
DECEMBER 09, 2013
LATEST UPDATE: DECEMBER 09, 2013 05:38 PM

Datuk Seri Najib Razak nafi negara perlu luaskan cukai untuk elak muflis.
Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 9 Disember, 2013.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (gambar) menafikan beliau merujuk kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) apabila berkata negara perlu meluaskan cukai bagi mengelakkan muflis.

Penafiannya itu muncul selepas dua minggu ia dipolitikkan oleh pembangkang.

Najib berkata, kenyataan itu disalah tafsir oleh media.

"Saya tak kata tanpa GST, Malaysia akan muflis.

"Saya berkata jika kita berbelanja tanpa henti dan tidak mengutip cukai, kita akan menjadi seperti Greece," katanya semasa berucap di majlis makan tengahari di Putrajaya hari ini.

Pada 25 November, Najib dilaporkan berkata, kerajaan tiada pilihan untuk menggantikan cukai semasa kepada GST bagi meluaskan pendapatan kerajaan dan mengelakkan muflis.

Hari berikutnya, Najib yang juga Menteri Kewangan dikritik oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menyebut, Malaysia masih berdepan kemuflisan selepas GST jika rasuah dan pembaziran tidak ditangani terlebih dahulu.

Rafizi Ramli dari PKR, Tony Pua dari DAP dan Khalid Samad dari PAS menegaskan bahawa GST bukan penawar ajaib bagi mengubati masalah kewangan negara.

Najib berkata biarpun GST bukanlah penawar bagi defisit fiskal negara namun ia strategi penting bagi mengukuh ekonomi ke arah menjadikan Malaysia negara maju.

“Bila kita mengurangkan defisit fiskal, ekonomi akan menjadi semakin kuat dan membantu kita mencapai sasaran negara maju.

“Jika ekonomi tidak kukuh, bagaimana hendak kita tanggung semuanya?” katanya.

Najib mendapat tekanan untuk mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan cukai bagi mengatasi bajet defisit dan hutang yang semakin bertambah.

Julai lalu, agensi penarafan Fitch mengunjurkan hutang negara berada pada paras negatif setelah keputusan kurang memuaskan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum lalu.

Malaysia merupakan negara Asia tertinggi dalam nisbah hutang kepada KDNK, yang kini berada para paras 53%.

Najib sebelum ini menjanjikan bajet seimbang menjelang 2020 dan memastikan kadar hutang kepada KDNK di bawah 55%.

Bank Negara Malaysia pada Ogos merendahkan ramalan pertumbuhan ekonomi 2013 kepada 4.5-5%, lebih rendah berbanding 5-6%. – 9 Disember, 2013.

No comments:

Post a Comment