GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, October 18, 2013

MTUC gesa GST tak dilaksanakan


Publication: HM
Date of publication: Oct 16, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 038

Shah Alam: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan tiga perkara utama berkaitan kepentingan rakyat untuk dipertimbangkan kerajaan dalam Belanjawan 2014, termasuk tidak melaksanakan sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Presiden MTUC Mohd Khalid Atan berkata, pelaksanaan GST akan memberi impak kepada golongan berpendapatan rendah dengan mengambil kira kos barangan dan perkhidmatan pengguna yang semakin meningkat.

"Pengguna perlu menanggung cukai penggunaan jika GST dilaksana dan ia pasti akan membebankan golongan berpendapatan rendah," katanya ketika dihubungi. - BERNAMA.

No comments:

Post a Comment