GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, September 5, 2013

Penjimatan daripada pengurangan subsidi minyak dikembalikan: Wahid


2013/09/03 - 19:44:15 PM

PETALING JAYA: Penjimatan RM3.3 bilion menerusi pengurangan subsidi bahan api, akan digunakan semula untuk kepentingan rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan projek-projek infrastruktur, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar. 

Beliau berkata langkah itu merupakan pendekatan menyeluruh dalam mengurus defisit fiskal dan agihan subsidi kepada kumpulan sasar. 

"Daripada memberi subsidi kepada mereka yang tidak memerlukan serta warga asing, kami memberikannya terus kepada mereka yang berhak ke atas subsidi itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Abdul Wahid berkata langkah itu merupakan proses untuk memperkukuh ekonomi yang bermatlamat memberikan impak positif kepada kebajikan rakyat dalam persekitaran ekonomi global yang mencabar. 

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter, berkuat kuasa 3 September. 

Kerajaan membelanjakan RM24 bilion untuk subsidi bahan api setahun, kata Abdul Wahid. 

Sementara itu, semasa ditanya mengenai unjuran inflasi berikutan kenaikan harga petrol, Wahid berkata ia mungkin meningkat 0.3 peratus bagi 2013. 

"Berdasarkan analisis, kami yakin sekarang ini merupakan masa yang baik untuk mula menangani isu ini berikutan inflasi mencatatkan paras sekitar 2.0 peratus, yang secara relatifnya rendah berbanding negara lain di rantau ini," katanya. 

Mengenai pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Wahid berkata jika dilaksanakan, kerajaan akan memastikan impaknya ke atas penduduk dapat ditangani. 

"Apabila GST dilaksanakan, ia akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada, dan bukan tambahan kepadanya. Lazimnya, apabila negara-negara melaksanakan GST, barangan perlu selalunya dikecualikan atau sifar cukai," katanya. 

Abdul Wahid juga berkata sasaran kerajaan ialah mengurangkan defisit fiskal, mengurus hutang secara menyeluruh dan menangani lebihan akaun semasa yang semakin kecil. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment