GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, July 12, 2013

GST kurangkan pergantungan minyak, gas


2013/07/12 - 05:07:49 AM

Kerajaan boleh mengurangkan pergantungan kepada sektor minyak dan gas dengan hasil tambahan yang diraih daripada pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kata seorang ahli ekonomi. 

Ketua Ahli Ekonomi Kumpulan RAM Holdings Bhd, Dr Yeah Kim Leng, berkata GST akan menyediakan fleksibiliti lebih besar kepada kerajaan untuk mengimbangi bajet serta meningkatkan perbelanjaan bagi merangsang ekonomi jika timbul keperluan itu. 

Sumbangan minyak, gas 40 peratus 

Hasil daripada sektor minyak dan gas ketika ini menyumbang 40 peratus daripada kutipan hasil negara, katanya. 

Sama dengan bentuk cukai lain, Yeah berkata, rakyat Malaysia meraih faedah dalam bentuk perkhidmatan termasuk kesihatan, keselamatan dan pendidikan, sebagai balasan kerana berkongsi beban cukai GST, iaitu hampir sama dengan apa yang mereka belanjakan. 

Kerajaan tidak perlu mengurangkan perbelanjaan dalam bahagian itu jika hasil tambahan boleh dikumpul menerusi GST. Selain manfaat langsung, manfaat tidak langsung GST kepada ekonomi secara keseluruhannya adalah juga sama penting, katanya. 
BERNAMA

No comments:

Post a Comment