GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Wednesday, July 18, 2012

GST tidak dilaksanakan sehingga diterima rakyat


ARKIB : 17/07/2012

KUALA LUMPUR 17 Julai - Kerajaan memberi jaminan tidak akan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sehingga sistem itu diterima rakyat.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kerajaan akan terus mendapatkan maklum balas dan input daripada pelbagai kumpulan untuk memastikan GST difahami secara keseluruhannya.

Menurut beliau, kumpulan fokus yang diberi tumpuan adalah sektor swasta dan ahli-ahli perniagaan.

Kita masih meneruskan usaha memastikan lebih ramai memahami GST. Kita akui bukan mudah untuk orang ramai menerima perkara-perkara baru, sudah tentu ia memerlukan masa.

Yang penting kerajaan memberi keadilan kepada mereka sebelum pelaksanaan GST diputuskan," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Cukai Kebangsaan 2012 di sini hari ini. - UTUSAN


© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment