GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Saturday, October 22, 2011

Cukai korporat kekal


ARKIB : 21/10/2011

PETALING JAYA 20 Okt. - Walaupun cukai korporat global secara purata turun kepada 22.96 peratus tahun lepas daripada 29.03 peratus pada 2000, Malaysia dijangka mengekalkan kadar semasa sehingga pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksana.

Sejak 2009, kadar cukai korporat Malaysia berada pada paras 25 peratus.

Ketua Cukai KPMG Malaysia Khoo Chin Guan berkata, berdasarkan kaji selidik tahun ini, penurunan cukai langsung dan kenaikan cukai tidak langsung menjadi pendekatan yang digunakan untuk meningkatkan hasil di arena global.

"Kerajaan meningkatkan pergantungan mereka terhadap sistem GST/VAT (cukai nilai tambah) atas sebab-sebab ekonomi yang kukuh," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Chin Guan berkata, berbanding cukai pendapatan, kutipan GST atau VAT kurang terjejas teruk oleh keadaan tidak menentu ekonomi dan kutipan masa sebenar mereka menyediakan aliran pendapatan yang stabil.

Bagaimanapun, kerajaan Malaysia masih mengkaji kesan ke atas perniagaan dan rakyat untuk memperkenalkan GST ke dalam ekonomi, kata beliau.

Tinjauan Tahunan Cukai Tidak Langsung dan Korporat KPMG International mendapati kadar purata cukai korporat dunia jatuh sejak 11 tahun lalu, daripada 29.03 peratus pada 2000 kepada 22.96 peratus pada 2011.

Katanya, kadar purata cukai korporat di rantau Asia Pasifik merosot kepada 22.78 peratus pada 2011 berbanding 23.96 peratus pada 2010.

Latin Amerika pula 25.06 peratus pada 2011 berbanding 25.33 setahun sebelumnya manakala Amerika Utara kepada 22.77 peratus pada tahun ini berbanding 23.67 pada tahun lalu.

Bagaimanapun, Eropah menjadi satu-satunya rantau yang meningkat daripada 19.98 peratus pada 2010 kepada 20.12 pada 2011 tetapi rantau Afrika kekal.

Kadar cukai purata tidak langsung di global adalah stabil sekitar atau menghampir kadar purata 2011 iaitu 15.41 peratus sejak tiga tahun lalu.

''Kecuali negara-negara yang tidak mengenakan GST dan VAT, kami mendapati kadar purata di Asia berkembang kepada 11.73 peratus pada 2011 berbanding 11.64 peratus.

''Rantau Afrika pula menyaksikan kadar purata GST/VAT daripada 13.91 peratus pada 2010 kepada 14.17 peratus pada 2011,'' tambahnya.

Kadar purata VAT di Eropah meningkat sedikit kepada 19.71 peratus pada 2010 berbanding 19.67 peratus pada 2010.

Sama ada kejatuhan cukai langsung dan kenaikan cukai tidak langsung akan menjadiarah hala berterusan atau sementara, Chin Guan berkata, penurunan cukai langsung dan sebaliknya telah menjadi pendekatan yang dilaksanakan untuk meningkatkan pendapatan di arena global.

Jelasnya, keseimbangan semula cukai korporat global dan cukai tidak langsung dijangka berterusan.

''Perniagaan-perniagaan antarabangsa perlu memastikan mereka mempunyai keseimbangan yang betul dalam sumber pengurusan GST/VAT dan pendapatan cukai untuk pertumbuhan stabil jangka panjang,'' katanya.

Beliau menambah, kadar cukai itu dijangka terus menurun berdasarkan keputusan semasa.

Bagaimanapun, beliau berpendapat Malaysia masih mengekalkan cukai pendapatan korporat 25 peratus sejak 2009 sehingga bersedia memperkenalkan GST.

''Kerajaan-kerajaan meningkatkan kebergantungan kepada sistem GST/VAT sebagai alasan pengukuhan ekonomi.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1021&pub=utusan_malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_05.htm#ixzz2WcxiWRVF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment