Hari Kedua #GST: Setiap pengguna haruslah meminta resit pembayaran daripada peniaga sekiranya anda diminta membayar harga barang termasuk GST. Semak butiran-butiran resit anda seperti berikut:-
- Semak nama, alamat dan nombor contact syarikat tersebut.
- Semak Nombor Pendaftaran GST syarikat tersebut. Nombor Pendaftaran GST mestilah mempunyai 12 digits nombor. Sekiranya nombor tersebut terkurang atau terlebih daripada 12 digits, maka itu adalah nombor palsu. Sekiranya Nombor Pendaftaran GST tiada langsung tertera di atas resit pembelian, maka anda berhak menolak daripada membayar GST.
- Semak senarai barangan yang dibeli adakah barang berGST atau barang tiada GST. Barang-barang KEPERLUAN ASAS ISI RUMAH seperti beras, gula, garam, bawang, minyak masak, kopi, teh, ikan, sayur, ayam, daging, telor ayam, ikan bilis, belacan, topup prepaid, surat khabar, buku bacaan, buku kanak-kanak, susu bayi, tambang teksi, toll, bas awam dan banyak lagi TIADA GST. Semak senarai penuh barang dan perkhidmatan berGST di laman web KASTAM atau KPDNKK.
- Pastikan kod GST ditandakan pada setiap senarai barang yang dibeli. Contohnya: Z = Barang berkadar Sifar (0% atau tiada GST) dan S = Barang berkadar 6% (dikenakan GST).
- Pastikan jumlah GST yang dikira oleh peniaga adalah tepat mengikut senarai barang yang berGST tadi.
Sekiranya butiran-butiran yang dikehendaki oleh #KASTAM di atas tiada dalam resit anda, maka sila minta peniaga tersebut memulangkan duit GST anda. Sekiranya peniaga itu enggan, elok segera buat laporan kepada #KASTAM dan #KPDNKK.
Anda juga boleh menyemak status pendaftaran peniaga untuk GST di https://gst.customs.gov.my/TAP kemudian click pada "Lookup GST Status" di sebelah kanan laman tersebut. Anda boleh menyemak menggunakan Nombor Pendaftaran GST atau No Pendfataran Perniagaan atau Nama Syarikat. Maklumat terperinci peniaga tersebut akan keluar di bahagian bawah sekiranya butiran tersebut benar.