Friday, November 1, 2013

MTUC Cawangan Sarawak tetap membantah pelaksanaan GST


Posted on October 25, 2013, Friday

KUCHING: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Cawangan Sarawak tetap dengan pendiriannya membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) walaupun mengenakan cukai pada kadar yang rendah.

Setiausaha MTUC Sarawak Andrew Lo berkata, kadar cukai yang dikenakan di bawah GST bukan sebab pelaksanaannya dibantah tetapi lebih meragui kaedah pungutan dan penguatkuasaan cukai berkenaan.

“Saya tidak pasti sama ada kadar cukai yang dikenakan di bawah GST setinggi 16 peratus dan ia hanya kadar bayaran dikenakan, ia sekadar jumlah cukai dikenakan tetapi lebih daripada itu.

“MTUC lebih bimbang bagaimana ia dipungut dan penguatkuasaannya dilakukan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya lagi sekiranya GST dilaksanakan golongan yang miskin dan kelas menengah akan mendapat lebih banyak kesan negatif.

Lo menambah, untuk mengurangkan kadar defisit negara kerajaan seharusnya mengambil beberapa langkah lain yang dilihat lebih berkesan bukan dengan memperkenalkan sistem yang akan membebankan rakyat.

“Kerajaan sepatutnya mengelak pembaziran dan mengurangkan perbelanjaan dengan mengecilkan saiz perkhidmatan awam, mengurangkan jumlah menteri dan mencari golongan yang sering mengelak membayar cukai.

“Kerajaan juga mesti menghentikan amalan ‘memberi’ kepada rakyat seperti pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia dan sebagainya kerana ia hanya langkah sementara,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment