Friday, November 1, 2013

Lihat pelaksanaan GST dari sudut positif


Posted on October 26, 2013, Saturday

KUCHING: Lihat pelak­sanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dari sudut positif dan bukan semata-mata hendak mem­bantah.

Menteri Muda Perumahan Datuk Abdul Karim Rah­man Hamzah berkata, orang ramai akan lebih berhemah dalam berbelanja terutama ketika memilih barangan atau perkhidmatan bersifat kehendak dan keperluan.

“Saya percaya rakyat se­lepas satu ketika pelak­sanaan GST akan dapat menyesuaikan diri dengan kaedah percukaian baharu yang diperkenalkan kerajaan pada tahun 2015 kelak,” katanya ketika dihubungi susulan pembentangan Bajet 2014 semalam.

Abdul Karim berkata, pelaksanaan GST juga pada peringkat permulaan tid­ak membabitkan beberapa barangan dan perkhidmatan yang digunakan oleh keban­yakan orang.

Katanya, sudah tiba masa bagi Malaysia memperkenal­kan GST apabila kebanyakan negara di dunia termasuk yang maju telah lama melak­sanakannya.

“Ia bukan satu perkara baharu, malah ia telah cuba diperkenalkan kerajaan kira-kira 10 tahun sebelum ini.

“Ini adalah cara yang dikenal pasti kerajaan dapat mening­katkan keberkesanan sistem percukaian,” katanya.

Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol dalam pada itu ber­kata, bantahan pemimpin pembangkang terhadap GST menunjukkan pemikiran yang sempit.

Katanya, mereka harus melihat struktur dan faedah GST dalam konteks ekonomi moden.

“GST adalah sebahagian daripada transformasi ekono­mi yang diusahakan kerajaan di mana akhirnya tumpuan kerajaan adalah untuk mena­warkan pelbagai bentuk pakej bantuan bagi meringankan beban golongan berpendapa­tan rendah,” katanya.

Menurutnya, pembangkang mengambil jalan untuk mem­bantah hanya kerana ingin meraih populariti politik.

“Saya yakin pembangkang yang arif tentang keadaan ekonomi masa kini tentu bersetuju dan faham dengan tindakan kerajaan memperk­enalkan GST,” ujarnya.

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen dalam nada sinis mengatakan pelaksanaan GST merupakan ‘hadiah’ berikutan kepada rakyat yang mengembalikan pemerinta­han negara kepada Barisan Nasional (BN) menerusi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu.

Menurut Ahli Parlimen Bandar Kuching itu, golon­gan berpendapatan rendah dan sederhana merupakan golongan yang akan terjejas teruk.

“Meskipun banyak alasan di sebaliknya, pelaksanaan GST akan menyebabkan in­flasi terhadap harga barangan keperluan harian.

“BR1M yang kita terima sebelum ini akan dibayar se­mula kepada kerajaan dalam tempoh setahun pelaksanaan GST,” katanya menerusi satu kenyataan.

Dalam pada itu, Kongres Kesatuan Sekerja Malay­sia (MTUC) Sarawak tetap dengan bantahan mereka terhadap pelaksanaan sistem cukai baharu itu.

Katanya, meskipun men­genakan cukai pada kadar enam peratus, golongan mis­kin dan kelas pekerja akan lebih terjejas berbanding golongan lain.

“Apakah jaminan terhadap GST yang dikutip akan dis­erahkan oleh pekedai kepada kastam?” katanya.

No comments:

Post a Comment