GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, April 12, 2012

TUKAR tingkat jualan lebih 400 peratus


Publication: BH
Date of publication: Apr 11, 2012
Section heading: Main Section
Page number: 006


PROGRAM Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) yang dilaksanakan sejak tahun lalu berupaya meningkatkan nilai jualan harian peruncit hingga melebihi 400 peratus.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe, berkata pencapaian itu selaras hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mentransformasikan ekonomi golongan berpendapatan rendah khususnya di luar bandar.

Katanya, kerajaan berharap kejayaan itu membantu merealisasikan matlamat menjadi negara berpendapatan tinggi.

Kita bangga pencapaian TUKAR dari segi peningkatan jualan harian melepasi 400 peratus, katanya menjawab soalan tambahan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai).

Beliau turut menafikan dakwaan Nurul Izzah bahawa pelaksanaan TUKAR ada kaitan dengan rancangan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), sebaliknya ia membantu peruncit memodenkan perniagaan agar dapat bersaing dengan pasar raya besar.

Mengulas isu kekurangan pembabitan kaum Cina dalam TUKAR yang direkodkan hanya 7.5 peratus, Tan berkata, kerajaan mengakui pembabitan kaum berkenaan tidak menggalakkan walaupun kementerian mengadakan program jelajah dan perbincangan dengan pihak berkenaan.

Menjawab soalan asal Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman (BN-Lipis) yang meminta penjelasan jumlah pekedai yang menyertai TUKAR, Tan berkata tahun lalu, 519 kedai runcit berjaya dimodenkan, melepasi sasaran 500 kedai.

No comments:

Post a Comment