Thursday, January 30, 2014

200,000 lagi belum mohon BR1M


Publication: BH
Date of publication: Jan 29, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 010

Nusajaya: Kira-kira 200,000 daripada 7.9 juta pemohon yang layak mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0, belum mengemukakan permohonan walaupun tarikh tutup berbaki tiga hari lagi.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, berkata kerajaan tidak bercadang melanjutkan tempoh permohonan bantuan berkenaan, sekali gus menggesa rakyat yang layak segera berbuat demikian selewat-lewatnya 31 Januari ini kerana BR1M juga disertakan bersama perlindungan insurans takaful menerusi i-BR1M.

"Pemohon lama perlu mengemas kini maklumat termasuk nombor akaun bank supaya penyaluran bantuan lebih sistematik," katanya sambil menambah, setakat ini 7.7 juta individu membuat permohonan termasuk 940,000 pemohon baru.

Bercakap kepada media selepas menutup seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional (PENA) peringkat Johor di Kota Iskandar semalam, beliau berkata, mereka yang ingin memohon bantuan itu boleh melakukannya secara dalam talian, selain di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Dalam perkembangan lain, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian, berkata negara dijangka memperoleh pendapatan tambahan RM3.8 bilion menerusi pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula April tahun depan.

No comments:

Post a Comment