Thursday, November 28, 2013

Jawapan Kastam dan LHDN mengenai GST memuaskan, kata Pengerusi PAC


OLEH ELIZABETH ZACHARIAH
NOVEMBER 26, 2013


Jawatankuasa kira-kira Wang Negara (PAC) berpuas hati dengan keterangan yang diberikan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada April 2015.

Mesyuarat tersebut yang dihadiri oleh Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LHDN Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar yang dipengerusikan Pengerusi PAC Nur Jazlan Mohamad (gambar).

Nur Jazlan berkata PAC berpuas hati dengan penerangan yang diberikan oleh dua jabatan tersebut bagaimanapun terdapat penambahbaikan perlu dilakukan sebelum pelaksanaan GST bermula 2015.

"Ini merupakan kali pertama seumpamanya dua jabatan dipertemukan bersama untuk berbincang yang membuktikan betapa PAC serius dan komited dalam perkara melibatkan duit pembayar cukai.

"Kerajaan disarankan untuk lebih berhemah menguruskan perbelanjaan pada masa yang sama meningkatkan pendapatan melalui kutipan," katanya. – 26 November, 2013.

No comments:

Post a Comment