Thursday, November 28, 2013

Greece muflis walau laksana GST



KUALA LUMPUR 27 NOV : Tiga Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) menyifatkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak akan menjadi penawar menyelamatkan Malaysia daripada terjerumus ke lembah kemuflisan.

Mereka turut mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan kedudukan kewangan negara dan mendedahkan sama ada Malaysia berhadapan risiko muflis atau dalam kedudukan kewangan selesa.

Menurut portal Malaysiakini, gesaan itu dibuat Rafizi Ramli (PKR-Pandan), Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) dan Khalid Samad (PAS-Shah Alam) dalam sidang media di lobi Parlimen, di sini, semalam.

Semalam, Najib berkata, negara akan muflis jika GST tidak dilaksanakan dan pada masa sama Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan pula mendedahkan kedudukan kewangan negara masih lagi kukuh.

“GST tidak akan menyembuhkan segala-galanya. Hong Kong dan US tidak ada GST, tetapi mereka tidak muflis, namun berbeza dengan Sepanyol serta Greece yang mempunyai GST tetapi mereka menanggung kemuflisan,” kata Tony Pua.

-NFN-

No comments:

Post a Comment