Thursday, November 14, 2013

GST susun semula cukai rakyat


WARTAWAN SINAR HARIAN
13 November 2013
Datuk Abdul Rahim Abu
MELAKA - Perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mulai April 2015 dilihat mampu membantu rakyat terutama dalam mengelak cukai bertindih dan ketirisan yang terpaksa dihadapi mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pengurusan dan Integriti Melaka (Inspim), Datuk Abdul Rahim Abu berkata, GST merupakan penyusunan semula sistem percukaian negara supaya lebih berkesan dan telus serta pada masa sama mengelak cukai terselindung yang hanya akan membebankan pengguna.

Menurutnya, pada masa ini, cukai jualan yang dibayar di peringkat pengilang menjadikan kos kepada pemborong dan peruncit, yang akhirnya diturunkan kepada pengguna.

“Perlaksanaan GST secara langsung akan dapat membendung percukaian bertindih yang mana menyebabkan pengguna terpaksa membayar harga yang lebih mahal untuk barangan atau perkhidmatan.

“Kaedah GST adalah langkah holistik untuk menyusun semula sistem percukaian negara supaya lebih berkesan dan telus,” katanya, semalam.

Menurut Abdul Rahim, GST bukanlah suatu yang membebankan, malah ia satu mekanisme yang dapat membantu mengurangkan beban rakyat.

“Pengguna akan diberi perlindungan secara total dalam aspek ekonomi apabila cukai yang dibayar diambil kira kerajaan dan dikurangkan seminimum mungkin,” katanya.

No comments:

Post a Comment