Friday, August 30, 2013

GST dijangka diumum pada pembentangan Belanjawan 2014


29 Ogos 2013
KUALA LUMPUR: Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dijangka diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2014 dan disifatkan sebagai bukan satu pilihan sebaliknya perlu dilaksanakan.
Bagaimanapun, ia hanya akan dilaksanakan ke atas pengguna dalam tempoh 14 bulan selepas diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa pelaksanaan GST tidak akan membebankan rakyat dan lebih banyak insentif akan diberikan.

Ia antara lain turut membabitkan tiada kadar cukai dikenakan ke atas beberapa produk barangan pengguna seperti beras dan susu bayi.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/29

No comments:

Post a Comment