Tuesday, April 22, 2014

Rakyat Sudah Boleh Terima Pelaksanaan GST



April 20, 2014

KUALA LUMPUR – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata sebahagian besar rakyat sudah boleh menerima pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Katanya berdasarkan pemerhatian dalam program penerangan yang dilaksana oleh kementeriannya, rakyat sudah semakin memahami GST.

“Gerakan untuk memberi pemahaman ini berjalan sepanjang masa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Koperasi Setia Kuala Lumpur Berhad di sini hari ini.

Semasa membentangkan Bajet 2014 Oktober lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan GST akan dilaksana bermula April 2015.

CBP berkadar enam peratus itu akan menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang berkadar keseluruhan 16 peratus. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment