Friday, April 11, 2014

KPDNKK mahu pastikan orang ramai faham GST


2014/04/11 - 05:12:30 AM
Hasan (kiri) berbual dengan peniaga, Osnal Idris ketika melawat Gerai
Pejalan Kaki Jeti Lumut di Lumut, semalam. - Foto Muhaizan Yahya
Lumut: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memastikan orang ramai memahami dengan lebih jelas cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya pada April tahun depan. 

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek, berkata pihaknya juga meminta bantuan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memberi kefahaman kepada orang ramai mengenai cukai berkenaan. 

“Ramai orang tidak tahu bila GST dilaksanakan, peniaga hanya membayar satu cukai saja pada kadar lebih rendah berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang perlu bayar cukai dua kali dengan kadar lebih tinggi. 

Tidak boleh naik sesuka hati 

“Apabila GST dilaksanakan, harga produk dan barangan juga tidak boleh dinaikkan sesuka hati,” katanya pada sidang media selepas melakukan tinjauan di Gerai Pejalan Kaki Jeti Lumut di sini semalam. 

Hasan juga meminta golongan peniaga supaya membuat persediaan termasuk melaksanakan program pengurangan kos sebelum GST dilaksanakan sepenuhnya nanti. 

Katanya, setakat ini Malaysia adalah antara dua negara terakhir dalam kalangan negara ASEAN yang masih belum melaksanakan GST.

No comments:

Post a Comment