Tuesday, April 22, 2014

Kementerian Kewangan latih 330 penceramah GST


ARKIB : 20/04/2014

TEMERLOH 20 April - Bagi meningkatkan pemahaman rakyat mengenai pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kerajaan melatih 330 penceramah untuk memberi penerangan mengenai cukai itu di setiap kawasan Parlimen.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, setiap kawasan Parlimen akan diadakan empat program penerangan mengenai GST di empat kawasan berbeza oleh seorang penceramah yang dilatih itu.

"Setiap penceramah kita bekalkan dengan input berkaitan seperti dokumen, pemacu pena yang mengandungi graf dan maklumat berkaitan GST untuk digunakan dalam pembentangan multimedia mereka supaya rakyat mudah faham apabila ceramah diselitkan dengan input ini.

"Setiap kawasan Parlimen diperuntukkan RM10,000 oleh Kementerian Kewangan yang mana setiap program membabitkan RM2,500 dan ia akan diadakan di empat balai raya berbeza," katanya kepada pemberita selepas memberi penerangan pelaksanaan GST kepada UMNO Cawangan Temerloh di sini hari ini.

Beliau berkata, semua penceramah itu dipilih sendiri oleh Ketua UMNO Bahagian di setiap kawasan Parlimen dan mereka menjalani latihan selama tiga hari. - Bernama

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment