Tuesday, April 22, 2014

Himpunan haram bantah GST: NGO buat laporan


ARKIB : 18/04/2014

KUALA LUMPUR 18 April - Tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis berhubung rancangan penganjuran himpunan bantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dipercayai didalangi oleh pemimpin parti politik pembangkang.

Ketiga-tiga NGO itu ialah iaitu Dewan Ekonomi dan Sosial Muslim Malaysia (Desmma), Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) dan Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) .

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini pada pukul 11.30 pagi tadi, supaya kerajaan mengambil tindakan awal bagi mencegah penganjuran perhimpunan haram tersebut yang dikatakan akan dibuat pada 1 Mei nanti. - UTUSAN OLINE

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment