Friday, February 28, 2014

Rang Undang-Undang GST dibentang 10 Mac


26 Februari 2014

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014 akan di bentangkan pada mesyuarat pertama, penggal kedua Dewan Rakyat, yang bersidang mulai 10 Mac.

Menurut Kementerian Kewangan, proses penyediaan draf rang undang-undang itu kini di peringkat akhir dan sedang disemak oleh Peguam Negara.

Kerajaan perlu bentangkan rang undang-undang tersebut di Parlimen tahun ini juga kerana jika tidak, GST tidak dapat dilaksanakan tahun depan.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dijangka membentangkan rang undang-undang itu bagi bacaan kali pertama, kedua dan ketiga.

Pembentangan tersebut turut dijangka akan didebatkan oleh semua ahli Parlimen.

Pada Oktober lepas, semasa pembentangan Belanjawan 2014 di Parlimen, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelaksanaan GST berkuat kuasa 1 April 2015 pada kadar enam peratus, menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sebanyak 16 peratus. - Bernama

No comments:

Post a Comment