Wednesday, January 15, 2014

USAHA-USAHA KERAJAAN MEMBANTU RAKYAT DALAM MELAKSANAKAN GST


Publication: BH
Date of publication: Jan 14, 2014
Section heading: 1Klassifieds
Page number: 012

Pihak kerajaan telah mengambil beberapa usaha untuk membantu rakyat dengan mewujudkan cukai GSTini. Malahan bagi menyokongnya, pihak kerajaan akan mengurangkan cukai pendapatan individu sebanyak satu hingga tiga peratus daripada kadar yang asal, dengan itu rakyat dapat merasa kurang dibebani dengan cukai yang dikenakan diatas mereka.

Perlaksanaan GST juga akan memberi faedah kepada kira kira 300,000 orang untuk tidak membayar cukai pendapatan individu yang sebelum ini perlu dibayar oleh mereka.

Di masa yang sama, bagi rakyat yang kurang berkemampuan mereka juga akan berkesempatan untuk menikmati pengagihan bantuan duit daripada Bantuan Rakyat 1Malaysia atau lebih dikenali sebagai BR1M. Bantuan duit yang berjumlah RM300 bagi satu penerima itu bakal membantu mereka yang kurang berkemampuan.

Selain daripada itu, peningkatan jumlah eksport ke luar negara juga akan memberikan pulangan yang tinggi kepada negara kita. Hal ini kerana kos barangan yang dieksport ke luar negara adalah rendah dan akan mengembalikan hasil dan juga pendapatan yang lebih tinggi kepada pengeksport dan juga dapat mengukuhkan lagi tahap ekonomi negara ke tahap yang lebih memberangsangkan.

Dengan adanya tahap ekonomi yang seimbang dan menghairahkan dimata para ekonomi ia akan berpotensi untuk mewujudkan persaingan yang sihat dan akan melonjakkan tahap ekonomi didalam negara kita ke arah yang lebih tinggi dan meningkatkan perkembangan ekonomi negara.

Cukai GST juga akan membantu didalam pengurangan harga barang. Barangan yang sebelum ini mempunyai kadar nilai yang berbeza-beza.

Namun dengan perlaksanaan cukai GST ia akan menyelaraskan kadar cukai dan sekali gus mengurangkan harga barangan yang lebih dari kadar cukai.

Dengan adanya GST, ia berupaya untuk menurunkan harga barangan. Hal ini dapat diperkukuhkan lagi dengan kajian yang dilakukan oleh pihak Kementerian Kewangan. Berdasarkan perkiraan yang dilakukan, dilaporkan sebanyak lapan kategori barang dan perkhidmatan didalam pasaran akan mengalami penurunan harga sebanyak 0.08 peratus hingga 2.71 peratus.

Dalam pada itu, terdapat desas desus yang mengatakan ia bakal mengundang inflasi kepada negara berikutan penurunan harga pada lapan kategori barangan didalam pasaran pada masa kini.

Oleh itu pihak kerajaan dan Kementerian Kewangan terutamanya telah mengambil inisiatif untuk melakukan dan menjalankan kajian mengenai kesan harga barangan yang turun setelah perlaksanaanGST pada masa yang akan datang. Menurut kajian mereka, ia jelas menunjukkan bahawa Indeks Harga Pengguna (IHP) secara purata telah menurun sebanyak 0.1 peratus.

Ini menunjukkan bahawa perlaksanaan GST tidak akan mewujudkan inflasi dimasa yang akan datang.

Jika diamati dengan lebih teliti, didalam perlaksanaan dua cukai yang masih diguna pakai ini mengenakan cukai jualan hanya pada satu peringkat pengeluaran dimana hanya dikenakan ketika barang dikeluarkan.

Malahan cukai perkhidmatan pula dikenakan hanya pada perkhidmatan perkhidmatan yang tertentu pada peringkat pengguna sahaja.

Manakala cukai GST akan berlaku lebih adil didalam mengenakan cukai pada setiap lapisan masyarakat tanpa meletakkan pengiraan yang tertentu pada rakyat Malaysia. Ia jelas menunujukan cukai GST lebih komprehensif berbanding dua cukai yang masih diguna pakai.

Oleh itu masyarakat harus peka dengan perubahan yang akan dilakukan oleh pihak kerajaan kelak bagi membenarkan rakyat untuk lebih bersedia dan sedia maklum mengenai kelebihan dan manfaat yang akan diperoleh daripada mereka dengan pengunnan cukai GST yang baru.

Kesimpulannya, cukai GST memberikan pelbagai manfaat dan faedah hasil daripada pengunaannya. Ia jelas menunjukakn bahawa usaha kerajaan dalam membantu rakyat didalam mengurangkan beban mereka dan usaha untuk meningkatkan lagi tahap ekonomi negara ini.

Perlaksanaan GST yang akan berkuat kuasa pada bulan April 2015 harus disokong oleh rakyat di atas faktor pelbagai manfaat yang akan diperolehi diantara dua pihak iaitu kerajaan dan juga rakyat.

* Terbitan Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL); PKPKL@hotmail.com dengan kerjasama KPDNKK

No comments:

Post a Comment