Monday, January 13, 2014

Skuad pengguna bantu kerajaan


ARKIB : 11/01/2014

KOTA KINABALU 10 Jan. - Skuad Pengguna Sabah sedia memberikan komitmen penuh dengan menjadi 'mata dan telinga' kepada Jawatankuasa Khas Pemantauan Harga Barang seperti diumumkan penubuhannya oleh kerajaan negeri kelmarin.

Pengerusinya, Datuk Amisah Yassin berkata, pihaknya akan memaklumkan kepada ahli-ahli mereka di seluruh negeri yang terdiri daripada suri rumah bagi menyalurkan maklumat mengenai mana-mana peniaga yang menaikkan harga barangan dengan sewenang-wenangnya di kawasan masing-masing.

"Kami juga dalam masa terdekat akan mengadakan Seminar Kesedaran Kepenggunaan di empat buah daerah yang dikenal pasti iaitu Kota Kinabalu, Keningau, Kudat dan Ranau.

"Objektif seminar ini adalah memberi kesedaran kepada golongan sasar berkenaan isu kenaikan harga barangan, pengurangan subsidi kerajaan dan pengamalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST)," katanya di sini hari ini.

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment