Tuesday, January 28, 2014

Kami setuju GST kalau…


January 27, 2014
SURAT FMT: Dari Ahmad Nazri Khamis, melalui e-mel

Pihak pembangkang tidak bersetuju dengan perlaksanaan GST dan pihak kerajaan pula bermati-matian mempertahankan dengan mengatakan GST satu mekanisma pengutipan cukai yang efisen dan baik. Orang awam seperti kami menjadi keliru.

Apabila dirujuk laporan Ketua Audit Negara pada bahagian penutup

Tahun 2009, mukasurat 113

Tahun 2010, mukasurat 115

Tahun 2011, mukasurat 1099

Tahun 2012, mukasurat 751

Kami didapati banyak kelemahan yang sama berulang-ulang dilakukan di dalam keadaan disedari, antara kelemahan itu ialah:

1 Kurang pemantauan ke atas projek/program/aktiviti.

2 Kurang kepakaran mengendali projek/program/aktiviti.

3 Tiada penyelarasan agensi-agensi/kontraktor-kontraktor projek/program/aktiviti

4 Terdapat masalah dalaman kontraktor sehinggakan projek/program/aktiviti gagal disiapkan tepat pada waktunya.

5 Kualiti kerja projek/program/aktiviti tidak memuaskan.

6 Kos projek/program/aktiviti meningkat dan kerajaan tidak mempunyai kaedah terbaik berbelanja.

7 Objektif projek/program/aktiviti tidak tercapai.

Apakah kerajaan sangat daif dalam mengatasi kelemahan di atas atau memang kelemahan itu sengaja dikekalkan supaya mudah pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan? Sama-sama kita menanti apakah kelemahan yang sama yang akan dilaporkan oleh Ketua Audit di dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013.

Sebagai contoh, bagaimana boleh berlaku sebuah Teropong Malam (Bushnell Binocular) dibayar dengan harga RM56,350 seunit sedangkan harga sebenar di pasaran cuma RM2,827 sahaja, peningkatan harga kepada 1,893% dan mengapa pihak kementerian boleh meluluskan wang yang begitu banyak untuk dibayar kepada pembekal?

Apakah pegawai di kementerian yang berkaitan tidak tahu matematik dalam membuat pengiraan untung dan rugi kerajaan? Itu hanya satu contoh daripada Laporan Ketua Audit Negara yang mempunyai 805 mukasurat. Wang siapakah yang digunakan itu? Apakah dengan begitu mudah perlu dilaksanakan GST sedangkan punca utama pemborosan, pembaziran, kecuaian dalam menguruskan wang rakyat dan harta negara tidak diperdulikan?

Seribu tahun lagipun tidak akan selesai, Oh, sungguh malang kami menjadi rakyat Malaysia yang mempunyai pemimpin sekadar membesarkan tembolok masing-masing. Sekarang inipun ramai pak-pak menteri sudah digelar menteri kangkung, tidak malukah kamu? Jangan sampai suatu masa apabila kamu mati, kuburan kamu dikencing rakyat.

Cukuplah wahai pemegang amanah rakyat, berapa banyak lagikah duit kami mahu disalahgunakan? Walaupun airmataku masih boleh mengalir setiapkali membaca laporan audit tetapi aku tidak mahu generasi akan datang juga menangis seperti aku. Cukuplah kami berairmata darah menangisi sikap pemimpin negara asalkan generasi mendatang tenang dan gembira.

Cukuplah! Cukuplah! Kami sudah bosan.

No comments:

Post a Comment